Tujuh; kata muktamad

February 20th, 2007 by namiechan

Aku terjaga apabila terdengar bunyi ketukan di pintu kamarku. Badan yang membantah, aku paksa bangun lalu menuju ke pintu. Perlahan-lahan aku menguak pintu kamar sedikit.

"MakSu.." aku dipanggil lembut.

Aku memandang punca suara. "Oh, Aina. MakSu dah bangun dah," aku memberitahu, lantas tersenyum. "Terima kasih!"

Si kecil membalas senyumanku, namun aku terpandangkan sesuatu yang membayangi wajahnya.

Simpati, detik hatiku.

Aku melutut di hadapan Aina supaya paras padangan kami bertemu. "Kenapa?" aku bertanya.

Tangan kecilnya mencapai mukaku. Perlahan-lahan Aina mengusap kawasan di bawah mataku. "MakSu menangis.." katanya. Kemudian tangannya jatuh ke bahuku, lalu dicengkam erat dengan jemari halusnya. Aina meratapi mukaku, lama. "MakSu bergaduh dengan Ayah dan Ayah Ngah?" soal Aina.

Tidak semena-mena aku teringatkan adengan semalam.

"Tak kesahlah Angah nak percaya Ella atau sesiapa pun. Tapi Ella tahu Budi tak bersalah dalam hal ini!"

Masih memandang Aina, aku menganggukkan kepala, menjawab soalan Aina. "Aina tahu?" aku bertanya.

"Aina dengar.." dia memberitahu.

Aku terdiam. Dalam banyak-banyak perkara, aku tidak suka apabila Aina mendengar aku bertekak dengan abang-abangku ataupun Ayah. Aku yang tidak selesa. Kenapa perkara kasar, sepeti bergaduh perlu didengari oleh si kecil?

"Maaf. MakSu tak bermaksud nak buat Aina risau," aku berkata. "Aina tak patut dengar. Kenapa Aina tak tidur lagi masa tu?"

"Aina tak dapat tidur. Aina nak tunggu MakSu balik," dia memberitahu. "MakSu pergi mana? Banyak kali ibu cuba telefon Maksu, tapi tak dapat. Ayah dan Ayah Ngah risau sangat. Tok Ayah pun, tapi Tok Ayah tak marah-marah."

Aku terdiam. Tiba-tiba aku terasa dihimpit, tersepit. Aku membela Budi bersungguh-sungguh semalam tetapi aku terlupa akan kerisauan keluargaku. Aku yang tidak menelefon, memberitahu di mana aku berada. Aku yang mencari padah.

Aku membuang pandang. "MakSu ada hal semalam," beritahuku.

"MakSu.." Aina memanggil lagi.

Agak lama aku mengambil masa sebelum aku memandang anak saudaraku itu. "Ya, Aina.."

"Ayah dan Ayah Ngah marahkan MakSu sebab mereka sayangkan MakSu."

Aku mengangguk perlahan lalu tersenyum sedikit, terasa lucu apabila si kecil yang menyatakan perkara sebegitu.

"MakSu selalu cakap macamtu kat Aina!" balasnya. Mungkin terasa ditertawakan.

"Ookaay!" jawabku, masih lagi tersenyum. Lama aku berpandangan dengan Aina. Tidak sangka sebegini rapat perhubungan kami. Tidak sangka si kecil begitu mengambil berat tentangku. Dalam diam aku terasa yang Aina mengetahui lebih banyak perkara yang belaku di dalam hidupku. Ketika itu aku tersedar bahawa Aina memerhati perkara yang berlaku di sekelilingnya. "Terima kasih kerana mengingatkan MakSu," akhirnya aku berkata, lantas kukucum dahi Aina.

Aina tersenyum. Ada riak puas hati di wajahnya. Mungkin dia terasa berjaya melakukan "tugasnya". Aku tersenyum sendiri.

Aina pergi meninggalkan aku lalu mencari ibunya. Ayah keluar dari kamarnya seketika kemudian. Pandangan kami bertemu, lama. Ayah seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi dia tidak tahu di mana punca katanya. Namun, aku dapat menekanya.

Dalam diam aku memohon maaf kerana membuat ayah risau.

Orang kata ayahku seorang lelaki tenang, jarang marah dan sering mengawal emosinya. Orang turut kata, perangai Rizal ‘mirror image’ of perangai ayahku.

Dalam diam aku memanjat doa supaya tidak dimarahi oleh ayahku.

"Morning Ayah!" aku menyapa ayahku seperti pagi-pagi lain, seceria mentari pagi membidai suram malam dengan sinarannya. Ayah membalas sapaanku lantas tersenyum. Kemudian ayah turut hilang di balik pintu bilik air.

Ayah tak marah, bisik hatiku.

***

Pagi itu sebelum meninggalkan rumah, Kak Intan memeluk aku beberapa kali. Setiap pelukannya berserta keluhan. Seperti ada bebanan berat yang dipikulnya. Pada pelukan terakhir dia berbisik, "Selesaikan masalah awak dengan abang-abang awak, okay?"

Kak Intan IS a bit dramatic. Kalau risau tu, lebih-lebih!

Rizal meninggalkan pesan seperti selalu, menyuruh aku memeriksa rumah dan mengunci pintu sebelum aku keluar. Reza turut berlagak seperti biasa, diam dan tak banyak berbicara denganku. Kedua-duanya, Rizal dan Reza, berlagak seperti tiada pergaduhan yang terjadi di antara kami.

Entah kenapa, aku terasa hati. Seperti selalu, pergaduhan kami akan selesai tanpa kemaafan berbalas.

Walau bagaimanapun, aku turut terasa lega kerana, juga seperti selalu, perkara ini akan habis begitu saja. Tidak akan ada "perbincangan" lagi selepas ini.

Itulah yang aku harapkan, detik hatiku.

Sebelum meninggalkan rumah dengan ayah, Reza menegur aku. "Balik nanti Angah yang ambil. Ella tunggu di office."

Terpana juga aku dibuatnya. Jarang sekali Reza menawarkan khidmatnya untuk mengambil aku.

Sangat-sangat jarang, bisikku.

Ia hanya berlaku jika Reza berada dalam keraguan.

Okay, mungkin perkara aku dengan Budi masih belum tamat. Nampaknya Reza tidak akan melepaskan perkara ini begitu saja, aku berkata sendiri.

***

Aku berjaya melambatkan perjalananku ke pejabat pagi itu. Lebih kurang lima minit sebelum mesyuarat pada pagi itu bermula, aku tiba di BukuKita Media Sdn. Bhd.

Rancangku, tidak mahu awal ke pejabat kerana masih tidak mahu bersemuka dengan Norman, tetapi rupanya Norman masih belum tiba lagi apabila aku melangkah masuk ke bilik mesyuarat. Aku cepat-cepat mengambil tempat duduk di sebelah Bill.

"Mana Norman?" aku bertanya.

"I was about to ask you the same question," jawab Bill.

"He is not in his room, is he?" aku bertanya lagi.

"Fatima kata dia belum masuk pejabat lagi," Hafiz mencelah.

"Tak pernah lambat si Norman tu," sampuk Jimmy.

"Especially for meetings," kata Susan.

"Has anyone try calling him?" tanya Jimmy.

Saiful menggeleng, "But Fatima did. No answer, though."

Perbincangan tentang kelewatan Norman berhenti di situ. Timbul perasaan sangsi di hati masing-masing.

Dalam diam aku terasa bersalah. Mungkin Bill dapat mengesan perasaanku kerana dia berbisik, "It’s NOT your fault." padaku.

Beberapa minit berlalu sebelum Norman akhirnya muncul. Dia menyatakan maaf sebelum dia duduk menghadap rakan-rakan sekerja yang lain. "Boleh kita mulakan?" soalnya. Seketika pandangan kami bertemu, namun belum sempat aku senyum padanya, dia cepat-cepat mengalihkan pandang.

Aku mengeluh dalam hati.

Kenapa aku pula yang rasa bersalah?

Mesyuarat berlangsung seperti biasa, adengan mesyuarat yang pertama adalah pembentangan set contoh Voluptuous yang telah aku serahkan semalam. Ada beberapa pembetulan terakhir dibuat oleh Norman. Aku dan beberapa kakitangan yang terlibat, pantas mencatit pembetulan-pembetulan yang harus kami berikan perhatian. Norman mahukan set contoh siap sebelum tamat waktu bekerja. Norman sendiri yang akan menghantar set contoh ke bahagian pencetakkan.

Adengan mesyuarat seterusnya adalah perbincangan perihal isi kandungan Voluptuous untuk bulan berikutnya. Masing-masing mengetengahkan ide-ide yang telah diberikan perhatian. Sesekali aku mencelah, memberikan pandangan, apabila bahagian kreatif terlibat. Selebihnya aku banyak mengambil nota tentang apa yang telah dibincangkan.

"I was thinking of something like ‘Back to Basic’ kind of thing - from leisure clothes to office attire. Basic style but with a touch of centemporary, classic and even elegance," Susan, "Fashion Police" kami menyuarakan cadangannya. "You know, like the white shirt or the black slack. The twist of the simplicity, is the accessories."

"Yes, we can have the models put it on," Jimmy mencelah.

"Would that be the normal, model on one side, then the clothes and accessory one side with prices and shop names?" soal Norman.

"I think we can make it into - models, with arrows showing the stuff, price list and shop names on it as well," beritahu Jimmy. Dia memandang aku. "It’s possible, isn’t it Ella?"

Aku mengangguk. "Are we using one model, or at least male and female?" aku bertanya pula, lalu memandang Susan.

"One female model," kata Susan. "The front cover model," sambung Susan.

Perbincangan beralih pula kepada isu-isu lain yang diketengahkan dalam Voluptuous. Bulan berikutnya Voluptuous tertumpu pada perihal kehidupan dan kerjaya.

selalunya, sambil menghabiskan isu yang akan terbit, kakitangan BukuKita Sdn. Bhd. sudah pun terlibat dengan isu untuk bulan berikutnya. Misalnya, dalam mesyuarat terakhir bulan Mac, akan merangkumi perbincangan tetang keluaran bulan April dan juga progres kakitangan untuk keluaran bulan Mei. Keliru? Pada mula kerjayaku, aku turut pening kepala.

"So, okay? Ada apa-apa tambahan sebelum kita tamatkan mesyuarat pagi ini?" soal Norman.

"Oh ya Norman!" Sheema bersuara. "Saya terlupa. Two days ago, Chinta Ben’s Manager called up. They’re having a mini concert in celebration of their first album success. They’re inviting a few press and we’re one of them to cover up the event," sambung Sheema, "Event Manager" Voluptuous.

Tiada yang menyedari, tetapi saat Sheema menyebut nama Chinta Ben, aku terpandang Norman. Seketika wajahnya berubah tidak selesa. Sepantas ia berubah, sepantas itu juga perubahan itu pergi. Wajahnya kembali tenang selepas itu.

"Your propose?" soal Norman.

"To squeeze in a contest in our up coming issue." beritahu Sheema. "They’re giving away ‘After Party’ tickets to our lucky readers."

"When is the mini concert?" soal Norman.

"In next three weeks," jawab Sheema. "Saya cadangkan begini. Masukkan contest tu dalam isu akan datang ni. Nanti perihal tentang concert yang berlangsung, kita boleh masukkan dalam isu seterusnya. Bagaimana?"

Norman diam berfikir.

"Jika kita keluarkan contest itu untuk keluaran akan datang ni, our readers have at least 15 days to submit their entry form. Kemudian, kita lakukan cabutan bertuah. Mungkin minta manager Chinta Ben atau salah satu ahli Chinta Ben buat cabutan. Tiga hari sebelum itu, kita announce at our website and call up the winners to arrange meet up place."

"What kind of contest?" soal Norman lagi.

"Maybe a simple ‘Question & Answer’ contest," cadang Sheema. "First 20 readers will be selected. I think four or five winners out of the 20 yang selected, will get two ‘After Party’ tickets. The rest of the selected we can arrange for hadiah saguhati."

Kakitangan lain diam mendengar perbincangan antara Sheema dan Norman, termasuklah aku. Tetapi, tidak seperti kakitangan lain, perasaanku berdebar sambil mendengar perbincangan mereka.

Seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan akan berlaku, detik hatiku.

Tidak seperti rakan-rakan sekerjaku yang lain, aku dapat rasakan titik klimaks mesyuarat pada pagi itu semakin hampir.

Pandangan mataku berbolak-balik. Sekejap memerhati Norman apabila dia bercakap, sekejap memerhati Sheema apabila dia bersuara.

"Siapa yang akan buat liputan?" soal Norman. Kali ini dia memandang kakitangan BukuKita Sdn. Bhd. yang lain secara rambang.

Apabila mata kami bertemu, aku dapat rasakan debaran perasaanku semakin bertambah, walaupun sekilas saja pandangan mata Norman.

"I’m suggesting Ella and Bill," beritahu Sheema.

Aku tergamam. Walaupun jauh di sudut hati aku dapat mengagak pilihan Sheema, namun berderau juga darahku dibuatnya.

Aduh! Kenapa aku juga yang dipilihnya? aku ngomel sendiri, geram pada Sheema.

Shit..

Pandangan aku dan Norman bertemu lagi. Kali ini Norman benar-benar menatap aku, lama.

Okay, sebenarnya sekejap saja, kerana Norman hanya berlagak biasa walaupun aku tersedar riak tidak selesanya. Aku saja yang merasa pandangan kami bertemu lama. Mungkin kerana aku turut merasa tidak selesa.

"..it seems Ella and Bill knows the boys quite well. So it’ll make things easier," sambung Sheema.

Tiada sesiapakah yang perasan akan ketidakselesaan yang sedang aku rasakan sekarang ini?!

"Can we squeeze in the last minute contest, Ella?" Akhirnya Norman bertanya.

Aku mengalihkan pandangan. Aku berlagak seperti menyelak nota-notaku seketika sebelum menjawab soalan Norman. Tiada apa pun yang aku lihat sebenarnya, sekadar menyedapkan hati, mengambil masa untuk menenangkan diri.

Mengangguk-angguk sedikit, aku memandang Norman, sekilas. Kemudian beralih memandang Sheema. "Okay je," aku memberitahu. "But Sheema, you HAVE to come up with the questions. I’m stump."

..and that, ladies and gentlemen, was definitely the climax of the whole morning.

Aku mengeluh resah.

***

"Hello.." aku menjawab panggilan.

"Ella," namaku diseru.

"Budi.." aku membalas. "Kenapa?" aku bertanya. Aku mengerling ke arah jam di pergelangan tanganku.

Waktu kerja hampir tamat, detikku.

Kemudian aku mengalih tumpuan ke arah paparan skrin komputer ribaku semula. Tanganku pantas menggerakkan tetikus.

"Rindu.." katanya.

Pelik, "Apa merepek ni Budi?"

Gelak, "Awak free lepas kerja nanti?"

"Err..kenapa ya?" aku bertanya. 

"Saya lapar. Teman saya dinner?" dia mengajak.

Aku tertawa. Geli hati mendengar kenyataan Budi tadi.

"Boleh?" soal Budi selepas tawaku reda.

"Maaf, tak dapatlah Budi." jawabku apabila teringatkan pesan Reza pagi tadi.

"Balik nanti Angah yang ambil. Ella tunggu di office."

"Oh.."

"Maaf."

"Tak mengapalah.."

"Lunch esok?" aku bertanya, cuba mengambil hatinya. Terasa bersalah setelah menghampakannya.

Aku dapat mendengar perubahan suaranya. Tersenyum, "Lunch, esok," dia menerima pelawaanku.

"Okay! Eh, tapi kita nak berjumpa di mana ya?"

"Saya jemput awak di pejabat esok."

"Okay~ Baguslah kalau begitu!"

"Jumpa esok?"

Aku tersenyum sedikit, "Jumpa esok."

Sebaik saja perbualan kami tamat, Bill menjenguk, memandang aku. "Ada date esok?" soalnya ingin tahu.

"Kau pasang telinga!" aku menyindir.

"Kerja dah siap belum? Asyik arrange dates saja!"

Aku mencebik, "Dah nak habis dah ni."

"Cepatlah! Kau ni! Marah si Norman tu kang!"

"Biarlah. Memang semua orang sedang marahkan aku. Kau pun!"

"Aku tak marah pun! Aku sekadar mengambil berat!" balas Bill.

"Ah~ itulah dalihnya. Mengambil berat pada dasarnya, walhal menyerang aku."

Bill tidak menjawab. Apabila aku memandangnya, ada riak tersinggung di wajahnya.

Cepat-cepat saja wajah Bill berubah semula. Dia menjeling aku. "Ah, sudahlah kau. Sekarang ni kau hotstuff, kau ingat kau dah bagus sangat ke?" dia menyambung.

Aku tertawa. Namun jauh disudut hatiku, aku tertanya-tanya, adakah aku benar-benar telah meyinggung Bill?

***

Selesai mengemas meja kerjaku, aku mencapai set contoh Voluptuous yang harus dihantar kepada Norman sebelum aku pulang petang itu.

"Hey, bye girls! I balik dulu!" Jimmy mengegur sebelum hilang di balik pintu keluar pejabat.

Satu-satu kakitangan Voluptuous mula pulang meninggalkan pejabat.

"Jangan lupa bagi Norman copy yang nak di print, Ella!" Sheema mengingatkan sebelum dia menuju pintu keluar.

Aku memandang Bill yang masih sibuk menatap informasi di paparan skrin komputernya.

"Nabila.." aku memanggil.

Bill tidak terus menjawab. Dia memandang aku lama sebelum bersuara, "Kau jarang panggil aku dengan nama penuh. Apa kau nak?"

"Kau ni Bill, suka je berprasangka dengan aku. Kau tu ada nama sedap, sesekali aku panggil nama penuh apa salahnya!" aku membalas lalu menutup helahku. Terasa malu seketika.

"Kau jangan nak berdalih. Apa kau nak?" soal Bill, tidak menghiraukan penjelasanku sebentar tadi.

Aku tergelak. "Teman aku berjumpa dengan Norman?" pintaku.

"Haa, terus terangkan senang."

"Boleh tak?"

"Sekejap ya, aku nak habiskan kerja ni sikit, pastu aku teman kau ya. Kita ni pun dah patut bertolak pulang," kata Bill.

Aku mengangguk saja.

Perhatianku beralih kepada set contoh Voluptuous. Sementara menunggu Bill aku mengambil keputusan untuk memeriksa set contoh itu untuk kali terakhir.

Kedengaran Bill menaip laju, dan sesekali terdengar sapaan dari rakan-rakan sekerja meminta diri sebelum melangkah keluar dari pejabat.

Ketika aku hampir habis menyemak set contoh Voluptuous, Bill berdiri, menjenguk dari tempat kerjanya. "Jom?"

"Okay, jom."

Seiring, kami mengatur langkah menuju bilik Norman yang terletak berdekatan dengan pintu keluar/masuk pejabat.

Aku tidak tahu mana datangnya semangat kuat yang membara dalam diriku. selepas menerima perlawaan masuk dari Norman, aku menguak pintu, kemudian melangkah masuk dan diikuti dengan Bill di belakangku.

"Norman," aku menyeru namanya.

Mendongak memandangku, dia membalas sapaanku, "Ella, Nabila."

"Sorry ganggu, bos," aku berkata, berusaha keras untuk membawa keadaan seperti biasa antara aku dan Norman. "The copy," sambungku lagi lantas meletakkan set contoh itu di atas meja Norman.

Suasana sepi ketika Norman membelek-belek set contoh yang aku baru letakkan.

Terasa pelik dan tidak diperlukan, aku mengambil keputusan untuk beredar sebelum keadaan bertambah pelik. Entah ke mana hilangnya semangat yang aku rasakan tadi, sebelum melangkah masuk ke bilik Norman. Aku memandang Bill sekilas, kononnya meminta bantuan. Gadis itu berdiri kaku, tidak mahu mengambil bahagian.

Aku mengambil keputusan untuk memulakan bicara, "So.."

"Thanks," pintas Norman lalu mengangkat set contoh Voluptuous.

"Oh, tidak ada masalah," balasku seperti selalu.

Memang dah kerjaku, takkan nak merungut pula, detik hatiku.

"And thanks sebab tak kesah buat liputan konsert mini Chinta Ben, although its quite a last minute agenda," sambung Norman.

"Oh, tak kesah," aku membalas. "Lagipun, other photographers would be busy next month sebab we will be involving in the KL’s fashion show."

Norman mengangguk.

Suasana sunyi kembali, aku terasa pelik lagi.

"Okay, Norman. See you tomorrow," kataku akhirnya.

"Okay. Thanks girls. See you."

Dengan itu, aku segera keluar. Namun aku sempat menangkap Bill yang tersengih menahan ketawa.

***

"Thank you very much!" kataku sebaik aku dan Bill melangkah turun anak tangga terakhir. Aku berhenti lalu memaling memandang rakan baikku.

Bill tergelak. "It was so ackward!"

"Duh! I was hoping badly you’ll help out tau. Ni, kau pun senyap je!"

"Aku pun tak tau bila nak selit masuk."

"Malu dowh!"

"Ala, aku rasa Norman pun okay je la. Tadi dia nak juga berborak dengan kau," Bill cuba menenangkan perasaanku. "Lama-lama sure keadaan antara kau dan dia akan kembali macam biasa."

Aku menggeleng, "Kau tak nampak ke dia macam terpaksa buat conversation tu. Aku rasa kalau kau takde, dia takkan cakap pun dengan aku. Pandang pun mungkin tidak!" aku membalas.

"Normal la tu," kata Bill.

"Normal apanya?" aku bertanya kurang mengerti.

"Alahai cik Ella, takkan kau tak faham?"

"Faham? Faham apanya cik Nabila?" aku bertanya semula.

Ketawa, "Kau ni kan Ella, nama je budak bandar tapi fikiran kau kuno," Bill memerli.

"Apa pula ni! Kau ni bab-bab mengutuk aku, nombor satu!"

"Dah la kuno, slow pula tu, otak kau tu la!"

"Bill! Sampai hati kau!"

Masih lagi berbaki ketawa, "Sungguh-sungguh kau tak tahu?"

Aku menggeleng. "Aku tak faham."

"Takkan kau tak faham kenapa tiba-tiba Norman bersikap dingin dengan kau, kenapa tiba-tiba dia marah kau. Konon katanya dia mengambil berat tentang kau," Bill cuba membantu.

Aku terdiam.

Jauh disudut hatiku aku terasa yang aku mengerti maksud Bill cuma aku yang bertindak tidak mahu memahaminya.

Aku bukan bodoh, detik hatiku.

"Kau sebenarnya tahukan?" soal Bill setelah aku lama tidak menjawab.

Tidak semena-mena, mukaku bersemu merah. Bill ketawa.

"Ella, semua orang tahu Ella. Cuma kau je yang berlagak tidak mengerti," kata Bill. "Lebih tepat lagi, you refuse to understand."

Aku masih lagi mendiamkan diri.

Saat itu aku terpandang kelibat kereta Reza. Tuhan saja tahu betapa gembiranya perasaanku kerana dapat mengelak dari terus bersoal jawab dengan Bill.

Aku terus tersenyum.

Bill mengikut arah pandanganku lalu berkata, "Nasib kau baik hari ni."

Aku memeluk Bill sebelum menghala ke arah kereta Reza yang sudah berhenti di bahu jalan, menanti aku. "Bye, Bill. Wi’ll see you tomorrow!"

Aku masih lagi tersenyum apabila aku melangkah masuk ke dalam kereta Reza. "Angaaahhh~" aku menegur riang.

"Amboi gembiranya Ella hari ni," Reza berkata slamber.

"Ala, biasa-biasa je Angah!"

"Kenapa? Baru lepas berdating dengan Budi?"

Sebaik saja soalan itu terpacul dari mulut Reza, perkara semalam yang aku terlupa seketika tadi, kembali bertandang ke fikiran.

"Angah.." aku memulakan bicara.

"Kata Along dan Angah muktamad Ella. You have to stop seeing that boy."

Aku langsung terdiam, hilang punca kata, kalah pada awal pertandingan.

Sesuram perasaan yang menyelubungi hatiku selepas itu, begitulah keadaannya dalam perjalanan pulang sehingga sampai ke rumah.

——————————————————————————————

This is for the loyal readers (:
Thanks for waiting but i am really sorry for the long wait.

Enam; sakit hati

December 8th, 2006 by namiechan

What if I do a kissing scene?

Yes, I’ve been wondering about it. I’ve read malay novels with loads of kissing scene before. Married and even unmarried couples. Oh yes, malay novels. By a few of quite established malaysian author I might add.

I havent decide yet. But it will only be one small scene. Hmm~

Okay, I know I promised an entry last Friday. But I fell sick (fever+flu+period cramps - I’m still having the ‘leftovers’ you know..flu especially) and got distracted with outings and movies. ^___^ Okay, no more promises. Sorry!

But here it is, a brand new chapter.

I dont like this chapter tho. Fill with anguish and hatred. *sigh*

Anyhow~ I haven’t Beta-Read this chapter throughly. Spelling or weird storyline mistakes, just tell me ya!

Please and thank you!

——————————————————————————————

Okay..apa yang aku kena lakukan sekarang? aku bertanya sendiri sambil memandang meja kerja yang berselerak. Kala itu aku terpandang nota kecil yang tertampal di atas satu set contoh Voluptuous.

"Oh ya..hantar ini kepada Norman," bisikku sendiri lalu mencapai set contoh tersebut. Seketika kemudian aku bangun dari dudukku. Pada waktu yang sama, Bill menoleh memandangku.

"Kau nak ke mana?" sapanya.

"Ke bilik Norman. Aku nak hantar set contoh Voluptuous," aku memberitahu. "Kenapa? Kau mahu ikut?"

Geleng, "Tidak," kata Bill. "Tapi, boleh kau hantarkan ini kepada Norman?" Bill menunjukkan aku disket merah ditangannya.

Aku mengangguk lantas mencapai disket tersebut dari Bill. "Kau ada pesanan?" aku bertanya.

"In the disket are copies of the articles in the mock copy of the Voluptuous you’re holding," terang Bill. "Katakan saja ianya dari aku. Tahulah Norman apa yang harus dilakukannya," Bill menyambung. "Terima kasih ya!" katanya lagi sambil tersenyum manis.

Aku membalas senyumannya. Sempat juga aku memerli kawan sekerjaku itu, "Pemalas!"

Bill hanya tersengih. Aku ketawa.

Tanpa melengahkan masa, aku mengatur langkah menuju ke bilik Norman.

"Ella!" aku dipanggil. Aku menoleh ke arah tuan empunya suara. Wajah Hafiz mengisi ruang pandang.

"Ya? Kenapa Hafiz?" aku bertanya.

Hafiz menghulur kotak nipis yang berisi cakera padat di dalamnya. "Copies of pictures in-" beritahu Hafiz sambil menunjuk set contoh Voluptuous dalam genggamanku.

Cakera padat bertukar tangan. "Kenapa kau tak hantarkan sendiri?" aku menyoal.

Hafiz tersengih, "Kau tak tahu? Angin Norman tengah tak elok. Nampak dia muram saja."

"DAH TU! Takde orang berhentikan aku dari terus berjumpa dengan Norman?! Kalau angin dia tengah tak elok, aku pun seram nak jumpa!" kataku geram. Aku memandang Bill. Gadis itu tersengih dari meja kerja. Dia mengangkat tangan dan melambai.

"Alang-alang kau nak pergi~" katanya. Aku menjeling geram.

Norman jarang-jarang marah. Tapi kalau angin dia tak elok, macam-macam boleh berlaku. Tapi bukan mudah nak buat dia marah. Lelaki itu sungguh penyabar. Aku memandang ruang kerja Norman. Pintu kantornya tertutup rapat dan melalui dinding kaca, ternampak lelaki itu sedang tekun meneliti kerjanya.

Keadaan nampak seperti biasa, aku berbisik sendiri.

Tidak mahu membuang masa, aku mengatur langkah berani, perlahan-lahan menuju bilik Norman. Setiba di situ, pintunya aku ketuk, perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari Norman. Ketukanku di sahut dengan kebenaran untuk masuk dari Norman. Aku memulas tombol pintu sebelum aku melangkah masuk.

"Norman," aku memanggil. Lelaki itu mendongak dari kerjanya.

Biasa je mamat ni, aku berbisik lagi sambil memerhati ketuaku.

"Ya Ella. Awak bawakan saya set contoh Voluptuous?" dia bertanya walaupun keadaan begitu nyata.

Mungkin sekadar berbahasa, aku meneka.

Aku meletakkan set contoh berserta disket dan cakera padat yang telah diamanahkan kepadaku di atas meja kerja Norman. "Yes. The mock copy, copies of articles in this disket and the copies of pictures in this CD," aku memberitahu.

"Thanks. I’ll go through the mock copy by tonight," balas Norman. "Remind all staff of our meeting tomorrow morning, please." Norman menyambung, memberi arahan.

"Yes, sir," aku akur. Teringat sesuatu, aku mencapai semula set contoh yang sudah pun di selak Norman. "The unprinted copy of this mock copy is in this CD okay?" aku memberitahu lalu menunjuk Norman sebuah cakera padat yang terletak kemas di dalam poket kertas aku sediakan bersama-sama set contoh tersebut. Norman mengangguk saja.

Terasa kehadiranku tidak disambut mesra oleh Norman seperti sebelumnya, aku memutuskan untuk keluar saja. Lagipun, barang yang ingin disampaikan sudah pun diberikan.

Dia tak banyak cakap macam selalu. Kenapa dia moody? aku terfikir. Namun, tidakku layan sangat soalan yang terbit. Aku membiarkan saja lalu mula mengatur langkah keluar. "Okay, Norman. Saya pergi dulu," kataku sekadar berbahasa.   

Belum pun jauh melangkah, aku dipanggil Norman. Aku menoleh, memandang lelaki itu.

"Ella ada masa lapang hari minggu ni?" dia bertanya.

"Kenapa?" aku bertanya pula.

"Keluar dengan saya?" dia mengajak.

Er…

"Okaayyy…kita? berdua? jalan-jalan?" aku bertanya lagi. Lambat-lambat aku memberi respon. Kaget aku dibuatnya, tiba-tiba ditanya soalan sebegitu rupa. Satu soalan yang aku tidak pernah duga akan datang dari Norman.

Bermacam-macam soalan yang menerpa ke dalam fikiranku tiba-tiba. Kenapa? Kemana? Berdua? Tiba-tiba? aku bertanya sendiri. Lebih malang lagi apabila fikiran rasionalku gagal berfungsi. Ianya masih lagi cuba menilai sejauh mana kebenaran Norman mengajak aku keluar.

"Ya, kita berdua keluar. Tapi bukan jalan-jalan. Kita pergi makan malam, jumpa mak saya," beritahu Norman.

"EHHH!?" aku menjerit kecil, terkejut.

Seperti baru tersedar yang penjelasannya agak keterlaluan, Norman memandang aku. Benar-benar memandang aku, seperti baru terlihat aku berada di hadapannya.

"Maaf! Maksud saya-" Norman tidak menghabiskan katanya tetapi mengeluh pula.

Memandang Norman yang tidak keruan, aku berasa simpati. Timbul sekali lagi perasaan ingin tahu. Apabila degup jantungku kembali normal, aku memilih untuk duduk bertentangan dengan Norman.

Aku masih memandang wajah Norman yang kini berhias carik-carik bimbang. "Kenapa Boss?" aku bertanya. "Masalah negara mana ni?"

Sempat dia menguntum senyum, namun tawar saja. "Mak saya.." dia memulakan bicara. "Nak saya jumpa dengan seorang gadis."

Tersenyum, "Blind date?" aku meneka.

Norman mengangguk lesu. Tangannya meraup muka beberapa kali. Kemudian dia menongkat dagu. Sekali lagi wajahnya seperti orang berfikir panjang, menerawang entah kemana.

Perkara itukah yang membuatkan angin Norman berubah? detik hatiku, tetanya sendiri.

"Masalah inikah yang buat awak moody?" aku memberanikan diri bertanya.

"Eh? Saya? Moody?" Soal Norman kembali. Dia memandangku sambil menggaru dagunya. Jarinya dipetik sekali seperti teringatkan sesuatu. "OH! Saya dengan Hafiz pagi tadi. One of our pesaing drop by," beritahu Norman.

"Kenapa mereka datang?" aku soal ingin tahu.

"Mereka ada pernah telefon sebelum ni, nak interview awak katanya," balas Norman.

"Saya?"

"Masa tu, saya kata tak payah. Tak sangka mereka sanggup datang."

"Eh?"

"Nasib baik awak masuk lambat pagi tadi. Nasib baik juga saya nampak mereka tengah bercakap dengan Fatima. Under false presence of a client to see you."

Aku masih bingung. Mengapa mereka mahu berjumpa dengan aku? aku tertanya.

"Of cause I see right through it! I remember all our client faces. So I sent them off. Yang saya marah sangat tu, dah la nak menipu but they still had the cheek to say we are trying to get cheap publisity."

"Er.."

"They wanted to ask you question regarding your relationship with the raising star, Budi."

"Ohh.."

Aku terdiam. Aku ke antara punca yang membuatkan Norman marah? Perasaanku tiba-tiba berdebar.

"Maaf Norman.."

"No, its not your fault Ella. Its been what? Two months? Three? Since your first date with Budi. People saw, they suspected, they talked. People talked behind each other’s back like nobody business, Ella. What do you expect? A quiet, secret, in the dark relationship?"

Mukaku mula terasa panas. Perasaan malu tiba-tiba menyelinap ke dalam diriku. Perasaan sakit hati turut sama terbit dalam diriku. Aku mengalih pandanganku dari terus memandang Norman.

Kenapa terselit perli dalam kata-kata Norman? detik hatiku.

"I’m not in any kind of relationship with Budi, we’re friends," aku berkata perlahan tetapi cukup kuat untuk pendengaran Norman. Aku masih tidak melihatnya. Aku menumpu perhatian ke atas set contoh Voluptuous di hadapan Norman.

"Deny all you want, Ella. But like I said. People are talking. Your colleagues out there, they are talking about it too."

Aku diam. Perasaan malu mula hilang, tetapi perasaan sakit hati mula membuak-buak.

Kenapa? Jengkel sangatkah aku dengan Budi?

Bukannya aku tidak sedar. Aku tahu semua orang sedang bercakap tentang perkara aku dan Budi sekarang ni. Tetapi mereka tidak pernah berdepan dengan aku. Mereka sekadar mengorek rahsia dari Bill. 

Aku tahu semua tu.. aku berkata sendiri.

Tiba-tiba aku turut merasa jengkel. Jengkel pada rakan-rakan sekerja.

Kenapa mereka tidak berdepan dengan aku? Kenapa tidak bertanya terus pada aku?

"Its a personal thing, a private matter. I understand, tapi I just dont like to hear people talk, Ella. As much as there are nice things about it, there are as much of nasty things too."

Aku masih tidak menjawab. Kata-kata Norman telah mengingatkan aku pada artikel kecil yang tersiar di dalam salah sebuah tabloid terkenal di Malaysia, bulan lalu.

…artis kacak…salah satu anggota dari sebuah pancaragam yang terdiri daripada lima orang pemuda…kelihatan bersama seorang gadis…bukan kalangan artis…bergitu mesra…

Artikel kecil diruangan gosip tabloid tersebut, detikku.

Selepas artikel itu, muncul pula sebuah lagi artikel di dalam majalah hiburan tempatan yang agak laris dikalangan pembaca majalah hiburan di Malaysia.

…mereka kelihatan begitu intim…dari satu sumber…berpelukan…seperti pasangan suami isteri pula..

HAH! Bohong belaka, aku menyumpah. Penulis hanya bergantung pada kata-kata "sumber" yang kononnya boleh dipercayai.

Sekali lagi aku berasa jengkel dengan semua orang, dengan cerita-cerita yang mereka bawa.

"Terus-terang Ella, kepada saya. Sejauh mana hubungan awak dengan…Budi."

Buruknya cara Norman menyebut nama Budi. Kenapa perlu ada nada benci dihujung kata Norman? perasaanku berbalah.

"Seperti yang saya katakan tadi," akhirnya aku menjawab, membela diri.

Norman seperti tidak puas hati. "Ella, orang banyak berkata buruk. Awak tahulah. Budi seorang bintang. Namanya sedang naik. Ramai yang meminatinya. Awak pula…Suatu hari nanti, bila dia sudah terkenal, sudah ramai yang memuja, ada kemungkinan dia akan meninggalkan-"

Norman tidak menghabiskan kata-katanya. Namun aku mengerti maksudnya.

"Saya bukannya apa Ella..saya risaukan awak…" sambungnya lagi.

Tiba-tiba perasaan marahku membuak-buak. Aku mendongak lantas menatap wajah Norman.

Benar, kata-kata Norman tadi boleh dipercayai. Ada bayangan kerisauan di wajahnya. Tetapi perasaanku berdebar, geram apabila ada garis-garis cemburu yang terbit selari dengan kerisaunya.

Inikah Norman, senior yang aku hormat selama ini? Kenapa dia perlu cemburu? Cemburu atas apa? Persahabatan aku dengan Budi? Atas kebahagiaan aku?

Sabarku hilang entah ke mana.

"Kalau awak, Norman, benar-benar risaukan tentang saya, bukan kata-kata umpatan orang yang awak ambil peduli!" luahku, geram. "Dalam hal ini, bukankah hati dan perasaan saya yang awak perlu ambil kira?" aku membentak, marah.

Agaknya itulah kali pertama Norman melihat aku marah. Benar-benar marah sehingga aku meninggikan suara kepadanya. Dia kelihatan terkejut, terpana di tempat duduknya. 

"Beginikah kawan? Cara inikah sahabat, senior yang aku hormati selama ini, risau akan aku?" aku menyambung kata.

"Ella…"

Aku memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku menghembuskannya perlahan. Ada sedikit perasaan tenang melingkari diriku. Dengan marah yang masih bersisa aku menatap wajah Norman dengan gagah. "Terus-terang Norman, kepada awak. Hubungan saya dengan Budi sekadar kawan biasa," kataku. "Seperti mana saya dengan awak."

Tanpa melengah masa, aku mengundur diri, mengatur langkah keluar dari bilik Norman.

Aku tidak menghiraukan mata-mata yang memandang aku yang bergesa pulang ke tempat dudukku. Aku tidak pasti apa yang mereka fikirkan, bisikkan. Apa yang aku pasti, mereka perasan akan mukaku yang mencuka dan diri yang masih lagi berbaki marah. Namun aku tidak peduli.

Ahh..biarkan mereka! hatiku membentak.

Tiba saja di meja kerjaku, aku terus mengemas meja yang berselerak. Sekadar menyusun mana-mana yang patut supaya tidak hilang nota-nota penting dan gambar-gambar yang masih perlu tumpuan dariku.

Mungkin melihat aku agak tergesa-gesa, Bill menyapa. "Oi cik kak! Nak ke mana tu?"

"Balik," jawabku sepatah.

Menghidu sesuatu yang tidak kena, Bill menghampiriku. "Eh..kenapa ni?"

Aku diam. Melihat meja lebih kemas dan tersusun, aku mencapai bag galasku lalu memasukkan barang-barang yang aku perlu bawa pulang.

"Ella…"

"Aku nak balik."

"Belum tamat waktu kerja-"

"Ahh..tinggal setengah jam saja lagi."

"Kalau macam tu, tunggulah sekejap."

"Sakit hati. Benci."

Aku terus mengatur langkah keluar meninggalkan Bill yang kelihatan terkejut dan sedikit terluka.

Maafkan aku Bill.

***

Benci..aku menyumpah dalam hati. Langkahku atur laju menuju stesen LRT. Tidak seperti selalu. Aku pasti mengambil masa untuk menikmati suasana petang di kotaraya. 

Jangan haraplah aku nak tolong dia selesaikan masalah dia dengan mak dia tu! Aku mendengus kecil, geram. Aku mencapai pass semusim LRT-ku dari dalam beg lalu aku layangkan ke mesin pintu masuk yang menyambut kedatangan pengguna-pengguna LRT.

Sampai hati kau, Norman! Kawan apa macam tu? luahku, geram. Perasaan sakit menerpa diri, disertai rasa sebak di dada. Agaknya sudah lama aku menahan air mata kerana tiba-tiba manik-manik jernih gugur mengalir ke pipi.

Aku menyeka lebihan air mata yang bertakung di bibir mata dan mengelap yang jatuh ke pipi.

Kenapa aku perlu menangis? Aku bertanya sendiri walaupun aku sedar, rasa sakit di hati punca air mata mengalir tidak diduga, tanpa dipinta.

Aku memejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku menghembuskannya perlahan-lahan, menolak rasa sebak, sakit, lalu menjemput ketenangan ke dalam diri. Suasana sibuk di stesen LRT tidak menghalang daripada aku berasa sedikit tenang. 

Aku tersenyum sedikit apabila terasa lega namun belum sempat menikmati ketenangan yang bertandang, aku disapa. Bahu kananku ditepuk.

Aku menoleh.

"Budi.." kataku sebaik sahaja wajahnya menghiasi ruang pandang. Tertanya juga aku, dalam hati, mengapa dia berada di situ?

"Ella? Eh, kenapa ni?"

Sekali lagi, tanpa dipinta, air mata mencurah laju, mengalir di pipi.

***

"Do you feel better now?" Budi bertanya akhirnya. Memecah kesunyian antara kami. Aku mengangguk perlahan.

"Terima kasih," ucapku.

Tadi Budi ada menceritakan. Katanya, memang dia ingin berjumpa denganku lalu menunggu aku di stesen LRT. Saja mahu buat kejutan katanya. Tidak menyangka dia pula yang akan mendapat kejutan. Memang dia terkejut melihat aku menangis.

Melihat aku teresak-esak, Budi menarik aku jauh ke satu sudut yang sedikit jauh dari kesesakkan orang ramai. Walaupun tempatnya terbuka, dia membawa aku jauh dari arus manusia yang berpusu mengejar masa.

"Menangislah," katanya, lembut. "Sampai awak rasa lega."

Kemudian dia membiarkan aku menangis sehingga aku rasa hilang sebak di dada. Sesekali dia mengusap belakangku apabila esakkanku seperti tersekat-sekat. Beberapakali juga dia memegang bahuku, seperti memberi semangat. Sedikit pun dia tidak bertanya punca aku menangis tetapi lebih menyuruh aku menangis, meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Entah kenapa, aku berasa senang dengan caranya itu.

Aku tersenyum sedikit. Senang dapat berjumpa dengan Budi walaupun terasa malu kerana menangis di hadapannya. Apabila dia menawarkan khidmatnya untuk menghantar aku pulang, aku terus bersetuju. Jauh di sudut hatiku, aku tidak menafikan terasa sangat gembira kerana Budi muncul di stesen LRT tadi.

Aku membuang pandang keluar tingkap kereta Budi. Suasana malam kelihatan biasa saja namun aku tertarik dengan bulan yang mengambang penuh.

Cantik, bisikku perlahan.

"Kita pergi makan dulu nak?" Budi mengajak. Keretanya bergerak lancar di lebuhraya. "We can stop by at one of the mamak’s near your house before I send you back?"

Aku tidak terus menjawab. Lama aku diam, berfikir.

"Ella? Macam mana?" Budi bertanya lagi.

"Kita ke MidValley boleh? Dinner, lepas tu we catch whatever midnight movie they have?" aku memberikan cadanganku.

Mendengar cadanganku, Budi tersenyum. "You’re still feeling uncomfortable, ya?" dia bertanya.

Perlahan-lahan aku mengangguk. Walaupun aku terasa lebih lega, marahku masih lagi berapi. Malap mungkin, tapi masih membara. Perasaan geram masih membuak-buak. Entah mengapa aku berasa aku ingin sangat keluar, tidak mahu pulang. Entah kenapa aku berasa marah sangat pada semua orang.

I deserve this, aku berkata sendiri. I deserve to feel a bit of freedom.

"As you wish."

***

Sabaik sampai di MidValley, aku terus menuju ke bilik air. Membersihkan muka yang berbekas air mata.

Ahh…Barulah rasa segar sedikit!

Aku kembali mendapatkan Budi yang sedang membetulkan penampilannya.

"Sejauh mana topi dan kaca mata ni boleh menutup identiti saya Ella?" Budi bertanya sebaik saja aku sampai di sisinya.

Aku tergelak memandang lelaki itu lalu mengangkat bahu. "Tak tahu!" kataku. "Tapi orang tak perasan sangat!"

Dia tersenyum saja.

"Jadi ke mana kita, tuan puteri?" Budi bertanya.

Senyum, "Kita pergi beli tiket wayang dulu? Kemudian kita makan di Manhattan Fish Market? Saya teringin makan Fish & Chips."

Ketawa, "Hari ni, banyak betul awak mengidam?"

"MENGIDAM!? Taklah, nafsu!"

"Hiisshh..I thought nafsu is one of the deadly sins."

Aku menggeleng, masih lagi ketawa. "Thats where you’re wrong, O-nobel-man. It’s not sin at all, but its pleasure!"

Giliran dia pula menggeleng. "Tsk tsk."

"EH! Don’t ‘tsk’ me young man!"

Gelak, "Okay, okay. Your wish is my command, me lady."

Aku tersengih kemenangan.

Menyengetkan kepalanya sedikit, dia memandangku, "Jom?"

"JOM!"

***

Perasaan gembira menyelubungi diri. Aku masih lagi tersenyum apabila aku tiba di rumahku.

Tapi itulah orang kata, Jangan gembira sangat, ada mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.

Pastinya aku memang tidak menyangka, kerana mungkin sudah lama aku tidak berasa segembira itu. Langsung tidak bertandang ke fikiranku untuk melihat jam yang sudah lepas pukul 12 malam. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke rumah, Rizal dan Reza sedia menanti di ruang tamu.

"Eh, Along dan Angah tak tidur lagi?" aku menegur. "Dah pukul berapa ni-"

Opps! Wrong statement..

"Yes, Ella. Dah pukul berapa ni?" Reza bertanya. Ada nada perli dihujung katanya.

"Er..sorry," aku memohon maaf. Sekilas, aku memandang Reza. Mukanya mencuka sahaja. Kemudian aku memandang Rizal memohon simpati. Kalau Reza marah, Rizallah yang selalunya membela aku. Malang sekali, kali ini aku melihat muka Rizal turut sama mencuka.

Abang-abangku..dua-dua marah..

"SORRY!? Sorry apanya Ella! Pukul berapa baru balik? Awak ke mana Ella?" Reza membalas. Suaranya mula meninggi.

Hatiku mula berdebar. Dalam banyak-banyak benda, aku seringkali cuba mengelak dari di marahi oleh Reza, abangku yang panas baran.

"Orang ke MidValley saja. Dinner dan kemudian orang tengok movie.."

"Awak cakap macam orang tak bersalah!" bentak Reza.

"Reza.." Rizal mencelah.

"Along, dia dah pandai sekarang-"

"Angah!" aku memintas. "Orang ke MidValley! Bukan ke mana-mana!" balasku perlahan, tetapi lebih tegas, ingin meyakinkan Reza.

"Ah! Tengok tu! Menjawab!" Reza melenting. "Eh, Ella-"

"Reza!" Rizal mencelah lagi.

Pandanganku kabur, mataku berkaca. Bibir mata bergenang dengan air mata.

"Ella..kenapa tak telefon rumah, Along atau Angah atau Ayah dan bagitahu yang Ella akan pulang lewat?" Rizal bertanya. Suaranya lebih tenang berbanding Reza. Marah bukan cara Rizal.

Aku terdiam. Ini memang salah aku. Selepas aku keluar dari pejabat petang tadi, aku ada menerima panggilan dari Bill, tetapi aku tidak menjawabnya. Kemudian, aku cepat-cepat mematikan telefon bimbitku.

Jangan nangis, jangan nangis. Jangan!

Akhirnya diriku kalah pada perasaan sebak yang membuak-buak. Air mata gugur perlahan membasahi pipiku.

"Ah! Menangis pula! Itu sajalah yang Ella tahu. Menangis!" Reza membentak lagi, geram mukanya.

"Reza! Sudahlah tu. Bagi dia terangkan dulu!" Rizal bertegas.

Reza mendengus geram. Aku menyeka air mataku dari gugur lagi. Aku mengesat yang mana sudah pun jatuh ke pipi. Aku masih lagi mendiamkan diri, tunduk memandang lantai. Aku tidak berani untuk berbalas pandang dengan kedua-dua abangku.

Rizal bersuara lagi, "Ella, petang tadi, Bill (Nabila) telefon Along-"

"Ella keluar dengan Budi kan?! Ni, ni, Ella balik lambat ni, ikut dia kan? Dialah yang ajar Ella balik lambat-lambat macam ni kan?" celah Reza, marah-marah, memintas kata-kata Rizal.

Seketika aku berasa sangat takut apabila aku sedar Reza berdiri begitu hampir denganku. Suaranya kasar, tegas, marah.

"Ya Allah, Reza!"

"Jawab Ella! Kenapa diam?"

"Ella, Along dengan Angah risau lepas Bill (Nabila) telefon-"

Entah dari mana datangnya semangat aku ketika itu. Mendengar nada suara Rizal, mengenangkan Reza yang marah-marah aku berasa terhutang budi kepada Budi. Kalau bukan dia yang datang menjemput aku tadi, tidak tahulah ke mana aku akan membawa diri.

Kenapa mereka nak tuduh Budi yang bukan-bukan?

Aku mengangkat muka, membalas pandangan Reza. "Jangan tuduh Budi!" kataku tegas. "Along, dan Angah. Jangan tuduh Budi!"

Mungkin mereka sedikit terkejut dengan kekerasan suaraku.

"Memang betul Ella keluar dengan Budi! Kenapa? Tak boleh?!" aku bertanya, geram. "Apa salah Budi sampai Along dan Angah mahu menuduh Budi yang bukan-bukan?!"

Reza dan Rizal tidak terus menjawab. Rizal mengeluh panjang, Reza mengalihkan pandangannya.

Akhirnya, Reza yang bersuara dahulu. "Memang betul kata Norman. Budi sudah mempengaruhi-"

"Norman? Apa yang Norman dah bagitau Angah?" aku memintas kata-kata Reza. Tidak menunggu sebarang jawapan, aku menyambung kata. "Apapun yang Norman dah bagitau Angah, ini takde kena-mengena dengan Budi! Kalaupun ada orang yang bersalah dalam semua hal ni, marahlah Ella sorang. Ella yang mahu keluar dan tengok wayang tadi! Budi hanya temankan Ella sahaja."

"Kalau bukan kerana Budi tadi, entah ke mana Ella pergi!" sambungku lagi, meluahkan perasaan. Rasa penat bertandang ke dalam diri. Memandangkan tiada di antara abang-abangku yang bersuara dan aku pula sudah tidak mahu bertekak lagi, aku terus mengatur langkah menuju ke bilikku.

"ELLA!" Reza memanggil.

"Tak kesahlah Angah nak percaya Ella atau sesiapa pun. Tapi Ella tahu Budi tak bersalah dalam hal ini!"

Aku menyambung langkah.

"ELLA! Come back here!" Reza mengarah.

"Angah! Ella betul-betul penat dan Ella rasa tak ada apa yang Ella boleh katakan kalau Angah tak mahu percaya cakap Ella."

"Ella, jangan macam tu..kita bincang semula.." Rizal memanggil lembut.

"Along, along pun tak percaya cakap Ella."

"Ella.."

"Tak mahu. Cuma satu saja yang Ella nak tahu. Kenapa tiba-tiba semua orang ambil kesah tentang hal Ella dan Budi? Kenapa tiba-tiba Ella terasa seperti semua orang mahu menghalang persahabatan Ella dan Budi? Kenapa tiba-tiba?"

Bukan sahaja Norman, Reza dan Rizal. Aku turut merasa sebegitu terhadap Bill sejak kebelakangan ini. Kenapa tiba-tiba Bill turut berubah, walhal dia yang sungguh-sungguh menggalakkan aku pada mulanya. Walaupun dia tidak menyatakannya, tetapi aku dapat merasakannya.

Apabila aku pasti tiada yang mahu memberikan jawapan mereka, aku terus masuk ke dalam bilik, mengunci pintu dan merebahkan badan ke atas katil. Peristiwa yang telah berlaku hari ini aku tolak jauh-jauh sehingga aku terlena dengan air mata.

Lima; Perasaan

November 29th, 2006 by namiechan

Daniel Craig! *fangirls*
eh, i never had a problem when they were announcing him as the new James Bond. I accepted the change with an open arms. TRUE LA! its always nice to have some changes once in awhile.
Like Aisyah said, Pierce Brosnan is James Bond already but Daniel Craig is the new sexy face, with the slim monkey irristable lips, piercing blue eyes, and tall, slender body, WHO CAN RESIST?

one of the rich people playing poker, Mr. FUKUTU = fuk u tu = f**k you too!

did anyone realise that? and did anyone realise how the opening credits was superbly done? great graphics man! jealous, jealous!! benci, tensi!

oh, i need you (my faithful readers) to alert me when my storyline becomes illogic. I tend to stray away from the original plot. comments/critics are always welcome. Please and thank you!

KANPAIII~ to this new chapter. a follow up chapter is coming in by Friday. thats my promise.

——————————————————————————————

"Ella…"

Aku mendongak seketika dari kertas kerja yang terbentang di atas meja makan. Aku memandang Bill yang ingin mengatakan sesuatu. "Apanya..?" aku bertanya.

"Heee. Aku masih berasa geli hati bila teringatkan cerita kau tentang Budi yang sungguh gentleman," kata Bill berserta tawanya.

Berderau darahku dibuatnya. Tidak semena-mena aku berasa malu apabila adengan tersebut kembali bertandang ke fikiran. Aku memang ada bercerita dengan Bill tentang adengan Budi menarik kerusi untuk aku dan salah faham yang terjadi semasa itu.

"Macam mana kau boleh tak sedar?" soal Bill. "Surely you can realise.."

Aku buat-buat tidak mendengar kata-kata Bill. Malas aku hendak melayan. Lagi aku layan, lagi aku berasa malu kerana asyik teringatkan adengan tersebut. Yalah, manalah aku hendak sedar niat baik Budi ketika itu. Kalau nak diikutkan, ketika itu, fikiranku sibuk memikirkan penampilanku yang kurang sesuai di tempat seperti restoran Rossa, aku dan Budi pergi.

"Hish..sure malu gila…" kata Bill lagi. Aku sedar dia ingin memancing minatku. Kerana itu, aku buat-buat tidak mengerti.

"Alah..bercakap dengan kau macam cakap dengan tunggul!" akhirnya Bill mengalah. Dia mendengus geram lalu bangun menuju ke peti sejuk.

Aku tersenyum kemenangan. "Ambilkan aku air jugaaa~" pintaku riang.

"Alah..macam tak reti ambil sendiri!" balas Bill, masih ada lagi nada geram dalam suaranya.

Aku tersengih, "Ala…kau kan tuan rumah!" kataku. Geli hati aku apabila tidak mendengar jawapan dari Bill, tetapi terdengar omelannya, bersungut seorang diri.

Aku telah berjanji dengan Bill untuk menemaninya apabila dia mengadu tiada siapa di rumahnya kerana abangnya sekeluarga balik ke kampung, melawat keluarga kakak iparnya. Tiba-tiba Bill mengadu kesunyian di malam Jumaat malam Sabtu. Katanya bosan seorang diri memandangkan dia tidak ada apa-apa agenda. Aku seraya menjawab, "Kau tu, Nabila, yang mengada!" tetapi aku berjanji juga untuk tidur semalam dua di rumahnya.

Sekembalinya Bill dengan jus oren untukku, dia duduk lantas mencapai majalah Voluptuous keluaran terbaru.

"Kenapa kau tak mengikut?" soalku. Selalunya setiap kali abangnya sekeluarga pulang ke kampung kakak iparnya, sudah pasti Bill akan turut serta. Tetapi, tidak pula kali ini.

"Entah! Aku terasa rindu kat kau.. Akhirnya dapat juga kita lepak-lepak mamcam ni," kata Bill.

Mata kami bertemu, lama dia merenung aku.

Seketika aku terasa sayu dengan kata-katanya. Aku turut merasa kerinduan yang membuai perasaanku. Seketika kemudian aku mengutum senyum menahan tawa.

"Kau kenapa tiba-tiba beremosi ni?" aku bertanya, terselit perli di hujung kata.

Akhirnya berderai ketawa kami, mengisi ruang makan di rumah Bill, memecah kesunyian malam.

"Kau ni, spoil the mood saja!" seloroh Bill.

Apabila ketawa kami reda, aku mengembalikan perhatian ke atas kerjaku, Bill pula menumpu perhatian kepada Voluptuous di tangannya. Sedang Bill khusyuk meneliti satu artikel, aku terpandangkan artikel tentang Chinta Ben.

"Kenapa Chinta Ben?" soalan itu terpacul dari mulutku.

Bill berhenti membaca lalu memandangku, "La…band baru, tengah nak naik. Masa kita buat survey online, ramai pembaca Voluptuous yang berminat dengan Chinta Ben. Apa lagi? Kita feature la mereka dalam majalah kita," Bill menerang. "Macam tak biasa pula dengan strategi kita."

"Bukan..bukan itu maksud aku. Kenapa mereka namakan band mereka Chinta Ben?" aku menyoal Bill semula dengan membetulkan persepsi soalanku sebentar tadi.

"Hmm…kau tak pernah bertanya pada Budi?" soal Bill.

Aku mengangguk. "Ada aku bertanya, cuma aku terasa mungkin ada makna yang lebih mendalam pada nama itu," aku menyuarakan pendapatku.

"Itu saja yang mereka beritahu aku. Chinta Ben; sebuah band cinta - memperjuangkan kuasa cinta abadi," balas Bill.

"Ya, dan itulah yang kau tuliskan dalam artikel kau tentang mereka. Tapi, kau tak rasa penerangan mereka tu agak cliche bunyinya? Lebih-lebih lagi untuk sebuah band lelaki?" aku mempersoalkannya lagi.

Ketawa. "Kau ni banyak fikirlah. Aku rasa comel saja. Mungkin ianya berkaitan untuk menarik minat pencinta-pencinta abadi?" duga Bill. "Kau tanya aku buat apa Ella? Tanyalah boyfriend kau! Si Budi tu!"

Aku terdiam. Aku menjeling Bill, melarikan anak mataku daripada pandangan Bill yang galak seperti mempersendakan aku.

"Mana ada!" ngomelku. "Aku dengan Budi kawan sahaja!"

Berderai ketawa Bill seperti mengejek. "Konon! Aku tengok bukan main lagi kau orang berdua sejak ‘first date’!"

Aku menggeleng perlahan, sambil melarikan pandanganku dari memandang Bill yang masih lagi ketawa.

Buat sakit hati je! hatiku berkata geram. Baik punya kawan!

Aku ingin kembalikan tumpuanku kepada kerjaku. Kala itu, mataku tertancap kepada gambar Chinta Ben dalam Voluptuous. Secara tidak langsung, pandanganku terfokus ke atas muka Armand.

Mungkin kerana dia berada di tengah-tengah gambar.

Lama mataku memerhati raut wajahnya.

Mungkin terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku, Bill mengikut pandangan mataku. "Kenapa?" tanyanya perlahan.

"Armand.." balasku, memulakan bicara. "Ada kesedihan di wajahnya."

***

Sejak itu, aku asyik teringatkan Armand. Aku turut menyedari akan kesedihan itu di banyak gambar-gambar Armand.

Bukan, dia tidaklah mencebik atau menangis di dalam gambarnya, cuma, setiap kali terpandangkan wajah jejaka itu, hatiku sayu, diriku dipagut pilu.

Aura apa agaknya? hatiku tertanya-tanya sendiri.

Siapa tahu, mungkin memang ada carik-carik luka di sebalik wajah tenang empunya Armand. Mungking juga memang ada memori duka di sebalik pandangan redup milik Armand. Memandangkan memang tiada senyuman di bibir lelaki itu, menambahkan lagi kemungkinan yang nyata.

Ahh..lelaki itu sungguh misteri! desis hatiku.

Aku menepis jauh bayangan Armand dari fikiranku. Aku kembali menumpukan perhatianku apabila aku terpandang kelibat Budi yang melangkah menuju ke arahku dengan pesanan kami. Setiba dia di meja, dia langsung duduk bertentangan denganku.

"Your Chicken McDeluxe. My Big Mac. Your drink, my drink. Fries..Indulge!" katanya sambil membahagikan pesanan kami.

Aku ketawa, "Terima Kasih."

"Ramai betul orang.."

Aku mengangguk setuju. "Eh, takde yang perasankan awak ke?" aku bertanya.

Tersengih, "Ada! Tapi dia tak sure. Dia tegur saya, tanya saya."

"Awak kata apa?"

"Saya beritahu dia, ya. Tapi saya minta dia diam je."

"Takpe ke?"

"Orang tu senyum and kata ya. Betullah kot. Saya tak rasa dia peminat. Cuma dia kenal rupa saya dan inginkan kepastian la kot," duga Budi. Sambil itu, tangannya menyuap burger ke dalam mulut.

"Oh ya! The boys kirim salam. Salam rindu.." Budi menyampaikan setelah makanan di dalam mulut ditelan.

Aku tersenyum, "Ada-ada je mereka tu." Tanganku mencapai kentang goreng lalu ku suap ke mulut.

Melihat aku makan, membuatkan Budi teringatkan sesuatu. "Eh! Saya tak ambilkan sos lagi. Awak nak sos cili kan? Sekejap ya!"

Belum sempat aku membalas, Budi terlebih dahulu bangun. Aku mengekor langkahnya ke arah tempat letaknya sos. Kemudian aku alihkan pandangan ke luar. Kotaraya nampaknya sibuk, tambahan hari minggu ramai pula yang keluar berjalan.

Budi sudah pun memperkenalkan aku kepada ahli Chinta Ben yang lain. Sejak hubungan kami semakin akrab, sudah acap kali aku bertemu dengan mereka. Sedikit sebanyak aku dapat mengenali hati budi mereka. Tetapi, lain pula dengan Armand. Kelakuannya dingin saja terhadap aku. Bertegur sapa tidak pernah, apa lagi bertanya khabar bila sesekali kami bertemu. Dia hanya bercakap denganku bila dia terasa kami perlu berbalas tutur.

Ironi-nya, setiap kali kami bertemu pandang, bertembung mata, jantungku berdegup laju, diriku resah sentiasa, dan panas saja terasa mukaku. Apabila terjadi, lama dia akan menatapku sebelum membuang pandang. Dan setiap kali pandangannya beralih, setiap kali itulah aku merasa luka seperti tangkai jantung diragut, kasar.

"Ella! Ini sosnya."

Haih..apalah agaknya perasaan yang aku rasakan itu?

"Ella?"

***

"Ella nak kemana pagi-pagi ni?" aku disapa Reza kala aku keluar dari bilikku.

"Sapa kata orang nak keluar?" aku membalas.

"Iyalah..cantik semacam je pagi-lagi ni.." kata Reza, menyuarakan pendapatnya.

Tersenyum, "Cantik? Adik angah mestilah cantik!" aku mengusik sambil memancing kemesraan Reza.

Menjeling, "Tsk! Angah kata bajunya yang cantik, bukannya awak!" Reza membalas, mengenakan aku.

Mencebik, "Aloooooooooooong~" aku mengadu kala terpandang Rizal yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Dia tergelak sahaja.

"Gedik!" perli Reza, menyampah.

"Ella ada apa-apa rancangan ke pagi ni?" soal Rizal.

Mengangguk, "Ya! Boleh ya Along, orang keluar sekejap?"

"Haa..betullah Angah teka tadi!" kata Rizal. Aku tersengih saja.

"Dengan siapa?" soal Reza. Pada masa yang sama Rizal bertanya, "Ke mana?"

"Keluar dengan Budi, tengok wayang."

"Budi?" soal Reza.

"Hmm..Budi." Aku mengangguk.

"Ella makin rapat ya dengan Budi.." kata Rizal menyerkap jarang.

Gelak, "Yaa…sangat rapat!"

"Ada apa-apa ke?" soal Rizal. "Dia pakwe Ella ya?" dia menambah sambil mengusik.

Panas mukaku, merah pipiku. "Tak!" aku menggeleng, menidakkan. "Kawan biasa!"

"Iyalah tuu.." Rizal menduga, tersenyum.

"Hati-hati," Reza mencelah.

Aku memandangnya, hairan. Ada riak risau membayangi wajahnya. "Kenapa?" Aku bertanya.

"Hati-hatilah. Jaga diri," jawab Reza. Ada nada nasihat, tetapi keras saja suaranya.

"Itu orang tahulah..ala..lagipun diakan kawan Angah?"

"Memang kawan Angah. Tapi Angah nasihatkan awak je," balas Reza acuh tak acuh.

Ahh, susah betul nak baca lagak Reza! Tak faham aku! detik hatiku.

"Betul kata Angah tu," Rizal mencelah.

"Yalah.." aku patuh.

"Angah risaukan awak tu," Rizal menambah.

Aku tersenyum sambil memandang Reza yang berlagak acuh tidak acuh. Walaupun kadang-kadang lagak Reza sukar dibaca, namun, sesekali apabila dia menyatakan isi hatinya, sudah cukup untuk membuat aku gembira.

"Angah?" aku memanggil lembut.

"Apanya?" balasnya selamba.

"Armand dan Budi satu sekolah menengah atau universiti dengan Angah?"

"Kenapa tanya?"

"Orang rasa macam pernah kenal si Armand tu.." jawabku.

Lama Angah terdiam sebelum menjawab. Seketika aku terperasankan riak terkejut di wajah Reza. Seketika kemudian wajahnya kembali tenang. Aku turut menangkap Reza bertukar pandang dengan Rizal. Sekilas, tetapi cukup lama untuk dua beradik itu berkomunikasi tanpa keluar bicara.

Terdetik hairan di hati, tetapi aku diamkan sahaja.

Tiba-tiba Reza tergelak, memandang aku dia berkata "Awak jumpa dia dalam mimpi kot! Angah baru kenal diorang berdua tu."

Aku turut tergelak.

Haih, buat suspen je Angah ni. Ingatkan serious sangat! detik hatiku.

"Mungkin agaknya," aku membalas.

"Pelanduk dua serupa ke.." celah Rizal.

"Mungkin juga," sahutku.

Tetapi kenapa hatiku berkata sebaliknya?

Perasaan apakah yang membuai tangkai jantungku kini? aku tertanya sendiri.

Empat; Panggilan

November 6th, 2006 by namiechan

New chapter~

Exams are finally over and holiday is starting. Im so glad the semester is ending. Thats good news for you (if youre following my story). I’ll see to it that I have a continuation of updates. ^^ I have my plot, but I think its illogic. So, im just going with the flow. Heh.

Im back in love with the old lover (im a loyal fangirl, thank you very much). His silver-hair just cant keep me away. His jet-black hair never fail to summon my broken heart. HAHA! gosh, DEAR BITCOMET LORD OF DOWNLOADS, PLEASE MAKE my "INUYASHA" leeching move FASTER! *begs* PLEASE!!!

and ohhhh~ I think Yagumi Light (Raito) is rather charming in a very VERY evil way. *heart fails to function* (YOU PEOPLE MUST READ "DEATH NOTE". The manga pwnz the movie’s swl). However, I have to agree with Dii that Tatsuya Fujiwara fits Raito quite fine. oh the fake long eyelashes, oh the slender athletic body. *giggles*

Sorry, this is sorta my fangirl rambling. Now, go enjoy (at least try, if not pretend) the new chapter. Thank you!

——————————————————————————————

Hehe..

"Kenapa dengan kau ni?" soal Bill apabila memandang aku yang tersenyum sendiri.

Aku yang sedang membelek-belek gambar untuk kegunaan Voluptuous, cepat-cepat mematikan senyum. Perasaan malu menyelinap ke hati. Aku tidak memandang Bill takut-takut dia perasan mukaku yang sudah merah.

"Takde apa-apa…" balasku segan. Entah bila pula Bill berada di ruang kerjaku. Entah berapa lama dia perhatikan aku yang tersenyum sendiri. Terasa sedikit lega, aku beranikan diri memandang Bill yang masih lagi memerhatikan aku. Pandangan matanya penuh persoalan, ada sedikit keraguan sambil dia menghampiri mejaku lalu duduk di atas kerusi di hadapanku.

"Kau tengah berangan ya!" Bill mengusik.

"Mana adaaa!" aku menyangkal. Cepat-cepat aku mengalih perhatian ke atas gambar-gambar yang berselerak di atas mejaku.

Sesuatu yang tak patut aku lakukan, bisik hatiku, geram pada diri sendiri.

Bill turut memandang gambar-gambar di atas meja. Dia tahu apakah gambar-gambar itu dan apakah kegunaannya.

"Kau tengah fikirkan pasal Budi yaaa.." kata Bill, terusan mengusik aku. Jemari kanannya mencapai salah satu gambar dari mejaku.

"Kacak betul si Budi ni ya?" Bill bersuara sambil memerhatikan gambar di tangannya. Kemudian dia memandang aku. "Apa yang menarik sangat sambil kau tersenyum-senyum?" Bill bertanya lagi. Matanya dileretkan sambil memerhati aku.

Ciss kau Bill. Kenapa kau tahu sangat isi hati aku? hatiku terdetik geram.

Aku mengangkat bahu, membiarkan soalan Bill berlalu.

Suasana kembali senyap. Perhatianku kembali semula kepada kerjaku. Bill mengambil kesempatan membelek-belek gambar-gambar di atas meja kerjaku. Beberapa kali dia mengajukan gambar-gambar yang pada pandangannya perlu disiarkan di dalam Voluptuous. Beberapa kali juga aku menangguk atau menggeleng kepada cadangan Bill.

"You know, I think he likes you.." Bill memberikan spekulasinya, sekali gus memecah kesunyian antara kami.

Masih lagi diam, aku menggeleng. "It’s almost a week since we last met, Bill," akhirnya aku bersuara. "Plus, there’s nothing to it. So, don’t you go around making assumptions with your speculations."

"There is! Oh you don’t know! I can see through these things!" balas Bill.

"Oh, shut up.."

"No, its true!"

"Bill, seriously.."

"Fine." Bill mematikan kata-katanya.

"He might be busy.. The other day, I had a call from Chinta Ben’s manager to come and cover one of their gigs at one of the charity drive ASTRO is having," Bill memberitahu, setelah agak lama kami diam tanpa bicara.

"You didnt go?" aku bertanya, terang sekali aku tidak tahu-menahu akan perkara itu.

"Nope. Norman dah hantar orang dah sebab ASTRO memang undang Voluptuous untuk buat liputan. Jadi aku bagitau dia yang reporter tu akan buat overall coverage," Bill memberitahu lagi. "So, maybe, Budi tak sempat nak call kau.."

"He have no reason to call me. Plus, he wouldnt know how," aku membalas.

"LAAAA..ELLA! Korang tak bertukar nombor telefon ya?"

Aku menggeleng. Bill menepuk dahi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Bill menggeleng perlahan.

"We exchanged names, though. I told you kan? He dont call ‘me adik Reza’ anymore."

"Ahha, yes. With that he can call you anytime on your cellphone kan?" balas Bill. Ada nada perli dalam kata-katanya.

"Ala..how was I suppose to know!" Aku mencebik.

Bukannya salah aku! Takkan aku yang nak mintak his contact number! hatiku terdetik geram. Aku menjeling Bill yang masih memandang aku. Ada riak tidak percaya di wajahnya.

"Memanglah kau tak perlu tahukan? Kau tak suka dia. So takde masalah.." perli Bill lagi.

"Taaak! Bukan macam tu.. EH-" aku mematikan kata-kataku. Mukaku bersemu merah. Geram sungguh kerana aku seringkali jatuh ke dalam perangkap Bill. Aku terus diam tanpa menghiraukan Bill yang tersenyum menahan ketawa.

"Ella! Ada panggilan untuk you on line 2!"

Aku memandang Fatima, penyambut panggilan di Voluptuous sebelum disambungkan ke talian sepatutnya. "Siapa?" aku bertanya.

"Katanya, someone you know. He wouldnt reveal much more than that but he said its very urgent," beritahu Fatima. Aku mengucapkan terima kasihku sebelum aku menerima panggilan tersebut di talianku. Aku menekan nombor dua di atas telefon sebelum menggangkat ganggang.

"Hello?" aku memulakan bicara.

"Ella," balas si pemanggil ringkas. Aku cuba mengecam tuan empunya suara ini.

"Ya, saya. Siapa ni, boleh saya tahu?" aku bertanya.

Gelak, "Awak kenal saya.." balas si pemanggil.

Aku memandang Bill, "Ya, saya kenal awak. Awak kambing saya yang hilang tu kan?" balasku geram. Bill ketawa. Turut kedengaran  tawa si pemanggil di hujung talian.

My patience span is very, very short when provoked. Too bad. 

"Awak bela kambing ya, adik Reza?" soal si pemanggil di antara gelak tawanya.

Aku terdiam. Aku rasakan seperti jantungku berhenti seketika sebelum berdegup dengan lebih laju. Bill memandang aku dengan penuh suspen. Seperti dia, aku juga ingin kepastian siapakah pemanggil di talian.

Masih lagi berbaki ketawa, "Ella, Budi ni.." si pemanggil memberitahu.

***

Perlahan-lahan aku turun anak tangga dari stesen monorail di atas. Setiba di bawah aku menyertai orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing. Aku melangkah mencari tempat teduhan daripada terik mentari tengah hari di balik bangunan tinggi di kota raya.

Di kaki lima, aku berdiri menunggu.

Seperti yang dijanjikan, dia tiba tepat pada masanya. Terpandang kelibatnya antara orang ramai membuat aku tertawa sendiri.

Disguise apanya tu? detik hatiku. Aku memandang jejaka tinggi, berkaca mata hitam dan bertopi yang berjalan menuju ke arahku. Dia senyum apabila sedar aku sedang memerhatikannya.

Hah, kacak! aku memuji dalam hati.

"Sorry, the misai would be a bit too much," katanya sebaik saja tiba di hadapanku. "Hai, Ella."

Aku tergelak. Teringat dengan panggilan telefon di pejabat pagi tadi. Budi menelefon, mengajak aku keluar makan tengah hari. Aku hanya menerima ajakannya setelah dia bersetuju untuk memakai ‘disguise’.

"Agaklah. Oh wells. If your fans start to crowd around you, I’m gone!" aku membalas.

"Even after I paid for your lunch and movies?" soal Budi. Kepalanya disengetkan sedikit sambil memandang aku.

COMEEELLL!! teriakku sendiri.

"I promised you lunch, Budi. No movies," jawabku sambil tersenyum. "Besides, your girlfriendsss would miss you by then."

Ketawa, "Hmm..the girlfriendsss ya? Good point. So, where to?"

KACAKNYA LELAKI NI BILA DIA KETAWA! hatiku teriak gembira.

"Can we just have fast food? Less hessle plus I’m craving for burger," aku memberikan cadanganku.

"Yes, you and the rest of the world. No. Lets have real food. We can go there," Budi memberikan cadangannya sambil menunjuk aku tempat yang dimaksudkan. Pandangan mataku mengekori jari telunjuknya. Di seberang jalan, terletak di bahagian hujung bangunan, Restoran Rossa tersergam memanggil pelanggan.

Angin sejuk penghawa dingin menyambut kedatanganku sebaik sahaja penyambut pelanggan restoran menguak daun pintu. Aku melangkah masuk diikuti dengan Budi yang berada di belakangku. Aku memerhati sekeliling.

Boleh tahan juga restoran ni. Nampak grand seperti restoran barat lima bintang tetapi ada sentuhan klasik timur, bisik hatiku. Aku memandang ruang restoran yang penuh dengan pelanggan. Aku memandang Budi.

"Budi Irwansyah," beritahu Budi kepada penyambut pelanggan yang segak dengan uniform restoran.

Mengangguk seperti mengesahkan identiti Budi, penyambut pelanggan tersebut menghantar kami ke meja yang telah ditempah.

Budi Irwansyah..hmmm…. Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba terasa kaget, aku menarik Budi. "I’m not dress for this kind of place," aku memberitahu.

"You look pleasant enough," balas Budi. Tersengih, "Saya pun pakai jeans dan shirt saja," katanya. Dia mengucapkan terima kasih kepada penyambut pelanggan tadi. Kemudian dia menarik kerusi lalu memandang aku, "Shall we?"

Melakukan perkara yang sama, aku turut menarik kerusi lalu duduk bertentangannya. Tersedar yang Budi masih lagi berdiri, aku memandangnya. Keliru, aku bertanya, "Kenapa?"

Budi memandang aku, kemudian memandang kerusi yang di tarik sebentar tadi. Kemudian dia ketawa kecil. Memandang aku, dia berkata, "Never mind.." lalu duduk.

Pada saat itu baru aku tersedar, ada kemungkinan Budi menarik kerusi sebentar tadi untuk aku, mempersilakan aku duduk.

UGH! MALUNYA, aku ngomel sendiri. Aku terasa pipiku hangat, pasti akan mukaku yang merah menahan malu.

He was pulling the chair for you Ella! He was being gentleman! ugh! ugh!

"Kenapa?" giliran Budi bertanya. Mungkin hairan melihat aku yang tiba-tiba segan dengannya. "Dont worry about the attire la Ella. You look fine," kata Budi yang mengagak.

"Er..tak!" aku menafikan. Seketika aku diam, cuba menenangkan hati yang mula resah. Aku menarik nafas dalam-dalam, kemudian melepaskan perlahan. "Sorry. Haha..eh, it seems you booked the place!" aku mengubah topik perbualan.

Kenyataanku dibalas dengan senyuman Budi. "Why? You dont like pre-booked makan place?" soal Budi.

Okay, I know this not my place to judge, but his accent sounds funny - cute nontheless, hatiku tertawa kecil.

"Haha, no, its just, what happen if I had insist on going to someplace else earlier?" aku bertanya pula.

"Cancel lah. Tak susah, tak kena bayar."

Ketawa.

DUH, Ella..

"Sorry I had to call to your office and kata urgent matter, but you never left me your number.."

"Well, for one thing, I dont leave my phone number sesuka hati and another thing, you never ask."

***

Okay, I’m bloated.

Aku meletakkan garfu dan sudu sesudah habis bahagian terakhir Chicken Lasagna Rossa’s speciality.

"Kenyangnya saya.."

Budi senyum, "Sedapkan? -"

Telefon bimbit Budi berbunyi. Dia pantas mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Sempat juga dia memerhatikan nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon sebelum memandang aku, meminta izin. "Sekejap ya.."

Aku mengalih perhatian daripada mendengar perbualan Budi. Aku memandang pinggan kosong di hadapanku sambil menguis-nguis baki sos lasagna yang tertinggal atas pinggan dengan garfu. Tidak semena-mena aku terbayang senyuman Budi.

Hehehehehe…

"Ella?"

"Hmm…eh sorry. Yes?" aku memandang Budi. Ketawanya mengisi ruang pendengaranku. Terasa diketawakan aku bertanya, "APA?"

"Awak berangan ya?"

"TAK!"

"Tersengih sorang-sorang tadi.."

I really should STOP day dreaming. This is bad. Asyik kena tangkap je. Malu betul.. aku ngomel sendiri.

"TAK!" aku menguatkan pendirian, meyakinkan Budi.

"Sorry, sorry. Anyways, Armand-"

"Budi."

Aku menoleh dari arah datangnya suara tadi. Aku terpandang seorang lelaki berdiri di sebelah aku.

"Eh, Man! Cepatnya kau sampai!" Budi membalas, agak terkejut dengan ketibaan lelaki itu.

Armand…Encik A.

"Kebetulan memang aku dekat-dekat sini. Eh, ni-" kata-kata Armand mati di situ. Bagaikan baru tersedar akan kehadiran aku di situ, dia memandang kelibat aku. Sekejap. Kemudian dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya, sedikit pun tidak membalas senyumanku.

Okay…aku terasa malu dan pelik.

"Oh, Man. Ni, Ella. Adik Reza yang kita jumpa di Tea & Creakers, ingatkan? Ella, ingat Armand?" Budi memperkenalkan kami.

Sekali lagi aku senyum, terfikir yang mungkin tadi Armand tidak perasan aku senyum menyambut kedatangannya. Tetapi, sama seperti tadi, dia hanya memandang aku sekilas saja. Cuma kali ini dia mengangguk sedikit seperti akhirnya menerima kehadiran aku di situ.

AH! Major unfriendly aura! Apa masalah lelaki ni?! hatiku terdetak geram.

"Budi, sorry kacau. Aku ingat kau dengan geng-geng kita," kata Armand. Ternampak riak kurang selesa di wajahnya.

Entah mengapa aku terasa simpati kepada Armand.

Ada perkara penting yang ingin dibincangkan dengan Budi, mungkin, aku meneka sendiri.

Memahami situasi tersebut, aku meminta diri.

"Budi! Terima kasih banyak-banyak. Tapi saya kena pergilah. Dah lewat ni. Saya janji dengan ketua saya, patutnya saya balik sekarang," aku berdalih. Aku memandang jam di tangan, berlakon seperti orang lewat melihat masa yang terus berlalu.

"Eh, Ella.." Armand bersuara, terkejut pula dengan tindakan aku.

Apa mamat ni, pelik lah.

Aku tidak menghiraukan Armand. Aku mencapai begku lalu bangun, dari dudukku. Budi turut berdiri. Dia mengekori aku, menghantar aku keluar pintu restoran.

"Maaf-" Budi mula berbicara.

"Terima kasih," aku memintas kata-katanya. Terasa diri tidak layak mengetahui perkara yang mengganggu fikiran Armand. "Saya betul-betul kenyang. Lama dah tak makan Lasagna," aku memberitahu.

Senyum, "Terima kasih kerana sudi keluar dengan saya," balas Budi.

Ahh, lelaki ni. Aku bisa cair kalau dia asyik senyum padaku, hatiku terdetik malu.

"Makan free, orang belanja, bila-bila masa saja saya akan setuju!" aku membalas, bergurau. Tergelak.

"Saya minta diri dulu.." aku berkata. Mengangkat tangan sebelum aku berpaling meninggalkan Budi di belakang.

"Ella!" Aku disapa, belum jauh dari tempat Budi berdiri. Aku berpaling, terpandang kelibat Budi yang masih lagi menunggu.

"Jumpa lagi!"

Aku senyum sebelum beredar pergi.

Tiga; Perkenalan

October 7th, 2006 by namiechan

I have a SUPERMEGASONIC crush on VIN DIESAL & ROBBIE WILLIAMS!

Fuh~ there, I’ve said it.

Assignments got hold of my time. Sorry ya! Holidays coming soon, I cant wait!

For those who have been waiting, here’s a long one for you. Quite long you know. Happy reading :) Again, thanks for the support and comments. Keep them coming! ;)

——————————————————————————————

Aku tidak pasti apakah perasaan yang melanda hatiku, tetapi saat aku terjaga dari tidur, hatiku berdegup satu irama baru. Ianya seperti petanda, sesuatu yang akan berlaku pada hari ini.

Sesuatu yang menarik mungkin, aku berharap, berdoa dalam hati.

Aku bangun dari posisi baringku. Aku mengeliat sedikit sebelum aku menolak selimut lalu duduk di tepi katil. Lama, sambil-sambil aku memikirkan agenda hari ini.

Aku tidak sedar akan kehadiaran Aina, anak saudaraku yang satu itu. Tahu-tahu dia sudah pun berada dalam bilik memerhati aku.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! HANTUUUUUUUUUUUUUUUUUU~"

Seperti hari-hari lain, Aina akan masuk untuk melakukan tugasnya.

Bertuah punya budak! desis hatiku geram. Ada ke dia kata aku hantu! Taulah rambut tengah serabai ni. Tapi, HANTU?!

"Aina! Jangan kacau MakSu!" kedengaran suara Kak Intan menegur Aina dari luar. "Mari sini, sarapan!"

Aku memandang gadis kecil yang akan menyambut hari lahirnya yang ke tujuh tidak lama lagi. Aina tahu aku marah, tetapi gadis kecil itu tersengih memandang aku. Geram, aku bangun mengejarnya.

"WARGH! MAKAN BUDAK KECIK!" aku bersuara garau.

"ATOOOKK! MakSu dah jadi hantuuuu!!!" sambil ketawa, Aina berlari keluar. Dia mendapatkan Ayah yang sedang khusyuk membaca surat khabar di ruang tamu.

"Atok! MakSu kejar!" Aina mengadu. Ayah mengalihkan pandangannya dari artikel yang sedang di bacanya. Dari ruang pintu kamar, aku tersengih apabila Ayah memandang ke arahku. "Morning, Ayah!" aku menyapa ceria.

Tidak semena-mena, Ayah ketawa sambil berbisik sesuatu kepada Aina. Gadis kecil itu turut sama ketawa, tersengih-sengih memandang aku.

Terasa aku yang sedang mereka perkatakan, aku memandang Kak Intan yang sedang membancuh air minum untuk sarapan pagi, "Kak Intan! Tengok tu! Ayah dengan Aina mengumpat pasal orang!" giliran aku pula mengadu.

Kak Intan sekadar melihat Ayah dan Aina yang masih lagi berbisik-bisik. Tersenyum, "Ala…Biasalah bestfriend dua orang tu!" kata Kak Intan. Memandang aku dia menyambung cakapnya, "Jom sarapan, Ella!"

I used to be Ayah’s bestfriend, hatiku terdetik.

Terasa kalah, aku mencebik geram.

"La..pagi-pagi dah buat muka tu kenapa, Ella?" Rizal yang baru keluar dari kamarnya menegur aku.

Belum sempat aku membalas, si gadis kecil terlebih dahulu memintas kata-kataku, "MakSu! Jangan marah tau! Nanti cepat tua!"

***

Usai bersarapan, masing-masing beransur pergi. Rizal dan Kak Intan keluar dahulu, menghantar Aina ke sekolah sebelum ke Tea & Crackers. Tidak lama selepas mereka keluar, Ayah dan Reza meminta diri.

"Ayah pergi dulu, Ella. Nanti jangan lupa kunci rumah," pesan Ayah sebelum melangkah keluar.

Mengangguk, "Ya, yah," jawabku ringkas. Aku memandang Reza yang lalu di sebelahku. "Angah!" aku menyapa.

"Apa?"

"Angah nampak kacak hari ni!" aku memuji, memandang Reza yang segak sambil tersenyum ke arahnya.

"Oh, biasa," balasnya bersahaja. Sambil menyarung sepatunya dia menoleh, memandang aku, "Ella nak apa?"

"Hehe. Petang nanti jemput orang, boleh?" aku bertanya setelah Reza sedar akan helahku.

Mendengus kecil, Reza membalas, "Selagi awak tu sihat walafiat, balik la sendiri!"

"AYAH! Tengok Angah tu!" aku mengadu. Ayah tergelak memandang aku dan Angah.

"Ayah tak masuk campur kali ni…" katanya bersahaja sebelum dia melangkah ke pintu lif. Reza tersengih kemengangan seraya menurut Ayah yang sedang menanti. Aku mencebik geram.

"Bye, Ellaaaaa~" Reza melambai ceria.

***

Setiba di pejabat BukuKita Media Sdn. Bhd. aku terus menuju ke ruang kerjaku. Aku membalas sapaan rakan-rakan sepejabat yang menegur. Ada yang tersenyum, ada yang bertanya khabar.

Menghampiri meja kerjaku, aku menjengok ke ruang kerja disebelahku. Masih lagi kosong tidak berpenghuni.

Hmm..Bill belum tiba, detik hatiku.

Belum sempat aku duduk, Norman datang menyapa.

"Ella.." panggilnya.

Aku menoleh, "Yes, Boss. Whats up?"

Tergelak, "Haha..cool gila you cakap dengan your boss like that," balasnya bersahaja.

"La…apa nak?" lagi slamber aku bertanya. Norman masih lagi berbaki ketawa. Entah apa yang lucu sangat pun aku tidak pasti. Apa yang aku pasti, kehadiran Norman di situ bersama dengan hajat. Hajat yang masih belum dia sampaikan lagi.

"Heh..I need you to go for the cover girl photoshoot. Boleh, Cik Ella?" Norman bertanya, akhirnya menyampaikan hajatnya.

"Yes, Sir," aku mengangguk bersetuju untuk menjalankan tugas. "Tapi apakah bukan giliran Hafiz melakukan photoshoot kali ini?" giliran aku pula bertanya.

"Hafiz ikut Nabila hari ni. Patutnya Saiful cover outside shooting today. Tapi dia tak dapat habiskan shoot semalam dengan model-model untuk ruangan fashion kita, jadi Hafiz volunteer. And since dah lama awak tak turun menyumbangkan khidmat, saya berasa sudah tiba masa untuk awak kembali," panjang lebar Norman menjawab soalanku.

"Oh.. Bill keluar for interview today. Lupa. Padanlah dia tak sampai lagi. Okaylah Norman, I’ll do the shoot."

***

The only thing I don’t like in photo shooting session is the waiting, hatiku terdetik geram.

Aku memandang Didie yang masih lagi meyolek model cover depan untuk keluaran terbaru Voluptuous.

"Diiii," aku menyapa Didie yang kelihatan khusyuk membuat kerjanya

"Kejapla Ella. You ni pun.. this is art okay. Art takes time tau!" Didie membalas tanpa memandang ke arahku.

"Well, I don’t have all day.." aku merungut.

"Ha ha. Kau duduk je situ diam-diam. Nanti kerja kau petik-petik je camera tu," kata Didie mematikan rungutanku.

"It’s funny how hours of make-up is only going to last for a few minutes of photo shoot," Sasha, model bulan ini memberikan pendapatnya.

"Eh, kau diam. Takde sape tanya pendapat kau. Aku nak apply lip gloss kau ni," marah Didie yang masih lagi fokus dengan kerjanya. Aku tergelak apabila memandang wajah Sasha. Mungkin terkejut dengan Didie yang slamber dengan kenyataannya tadi.

"Sasha, jangan ambil hati. Someone is very cranky today," aku memberitahu, menenangkan keadaan.

"Sorrylah.. kau ni bising la Ella. Nanti je la kau turun." Dengan itu aku mengambil kesempatan untuk ke bilik air.

***

Seperti yang diperkatakan oleh Sasha, sesi pengambaran tidaklah lama mana. Sasha hanya perlu memperagakan sepasang outfit dengan beberapa gaya fesyen yang berbeza. Dan seperti kata-kata Didie, kerja aku tidaklah susah mana. Untuk gambar-gambar cover depan, selalunya model hanya perlu memperagakan gaya-gaya mudah - seperti tersenyum, ketawa, melompat jika aku rasa ada perlunya.

Lagipun, mengarah model berpengalaman seperti Sasha adalah bonus untuk aku. Model berpengalaman memudahkan kerja jurugambar dalam sesi pengambaran. Mereka tahu apa yang aku mahukan, dan mereka menyampaikannya seperti mana yang aku mahukan.

Kan senang kerja aku? bisikku senang hati.

Selesai ‘memerah tenaga’ memetik punat-punat ‘ajaib’ kamera, aku turun mencari Zul. Selalunya setelah mengambil gambar, tugas jurugambar akan beralih kepada Zul. Gambar-gambar yang di ambil akan dipilih. Gambar yang dirasa sesuai untuk keluaran majalah barulah diproses oleh Zul.

"ZULLLUUUUU," aku menyapa lelaki yang sedang lena di ruang kerjanya.

"HAH!" Zul terjaga dari tidur lantas mencari tuan empunya suara. Aku tersengih ke arahnya apabila pandangan mata kami bertemu. "Ala… Ella… kau ke? Kacau je aku tidur. Tak boleh tengok orang senang langsung!" Zul merungut geram. "Apa kau nak?" soal Zul, masih lagi kelihatan mamai.

"Kena proses gambar ni, cik abang," aku memberitahu sambil menayangkan kamera di tangan. "Boleh tolong?" aku meminta.

"Dah kerja aku kan? Gambar untuk apa ni, Ella?" soal Zul sambil mencapai kamera dari tanganku. Dia mencapai USB kabel yang disambungkan dari kamera ke komputer meja milik Zul. Data dari kamera bertukar tempat. Zul menekan papan kekunci komputernya, menaip sesuatu.

"Untuk cover - Sasha modelnya," aku memberitahu. Aku beralih tempat dan berdiri di belakang Zul untuk sama-sama memerhatikan paparan skrin komputer Zul. "Kau rasa mana yang elok?" aku menyoal pendapat Zul.

Dan seperti selalunya, Zul akan memberikan pendapatnya tentang gambar mana yang baik dan patut di pilih untuk Voluptuous sebelum dia memprosesnya.

"Kau tau kau boleh buat sendirikan - proses gambar-gambar ni?" tiba-tiba Zul bertanya. Dia memandang aku. "Kalau photographer lain sure buat sendiri, kau je.. kenapa?"

Memang benar kata-kata Zul. Semasa aku melengkapkan kursus photography di kuliah dulu, memang aku di ajar lengkap, dari cara-cara terbaik untuk mengambil gambar sehinggalah proses terakhir setelah gambar di ‘develop’. "Sebab kau ada, dan haha aku malas.." aku menjawab soalan Zul, berisi gelak ketawa.

***

Aku hanya sempat berjumpa dengan Bill sekejap saja. Itu pun ketika waktu kerja hampir tamat.

"Ella.. sorry aku tak sempat balik lunch, aku dah lambat ni, aku kena balik, siap nak jumpa parents aku, BYE!" dengan itu Bill berlalu pergi. Sikit pun tidak memberi aku peluang untuk membalas kata-katanya. Sebaik saja aku bersuara kelibat Bill sudah pun hilang dari pandangan mata.

"Bye, Bill. Aku bawakan bekal untuk kau. Chicken Pie kegemaran kau dari Tea & Crackers. Kalau kau nak, boleh lah bawa balik, makan dalam kereta ke. Tapi takpelah," aku berkata sendiri. Aku menyimpan semula Tupperware yang aku bawa untuk Bill kedalam beg. Tadi ketika terpandang kelibat Bill aku keluarkan.

Bukan rezeki kau, Bill, hatiku berbisik.

Malas menunggu lebih lama, aku berkemas untuk beredar. Selesai berkemas aku menyapa rakan-rakan sepejabat yang lain, minta diri sebelum aku melangkah keluar. Sempat aku menjenguk Norman yang masih khusyuk menatap komputernya.

"Ella balik macam mana?" soal Norman. Soalan yang biasa diajukan jika aku tidak balik bersama-sama dengan Bill. Aku sedar seringkali terbit satu perasaan yang aku sendiri tidak jelas ertinya jika Norman bertanya, mengambil berat tentangku.

"Tengoklah, if Reza is free, he might be picking me up. If not, balik naik LRT la jawabnya," aku memberitahu senior, merangkap bos yang aku hormati.

"La, balik dengan saya jelah. Time-time macam ni LRT sesak," dia mempelawa. Pelawaan yang sering dia berikan apabila mengetahui aku akan pulang seorang diri ke rumah. Dan setiap kali jugalah aku menolak pelawaannya.

"Tapi naik kereta pun nanti sesak gak," aku membalas, bergurau. "Takpelah Norman, I’m used to it. Lain kali ya? Thanks anyway," aku berterima kasih.

Ada sedikit kehampaan terpancar di wajah Norman. Tiba-tiba aku berasa bersalah. Entah berapa kali agaknya aku menolak pelawaannya. Namun, secepat wajah Norman berubah ceria, secepat itu jugalah perasaan aku hilang. Aku ketawa apabila dia berpura-pura merajuk, "Ha, yelah, saya tahu awak tak nak naik kereta buruk saya kan?"

"Tahu takpe," aku bergurau. Dengan itu aku meminta diri lantas berlalu pergi.

***

"Orang dah sampai rumah baru nak suruh amik kat office dia," rungut Reza. Dia sanggup mengambil aku di stesen LRT sahaja.

"Nanti dah nak sampai telefonlah angah," dia mengarah sebelum talian diputuskan.

Kejam punya abang! hatiku terdetik geram.

Aku mengorak langkah menuju stesen LRT yang terdekat dengan BukuKita Media Sdn. Bhd.

Aku ni, jenis tak boleh ditinggalkan seorang. Pasti, otakku menerawang jauh. Tidak semena-mena aku teringatkan Encik A dan kawannya Encik B. Aku masih tak sempat bertanya pada Reza tentang kawan-kawannya itu. Pagi tadi aku langsung terlupa tentang itu.

Angah tak tahu ke kawan-kawan dia tu ahli kumpulan Chinta Ben? aku bertanya sendiri.

Langkahku susun satu-satu. Tiada perkara yang perlu perhatianku dengan segera, jadi aku tidak berperasaan untuk bergegas pulang. Aku memandang sekeliling, memandang pejalan kaki yang lain. Ada yang kelihatan penat, ada yang biasa saja. Tapi masing-masing seperti ingin mengejar sesuatu.

Masa mungkin, aku meneka.

Aku berhenti sebelum menyeberangi jalan.

Er, kenapa kereta laju semacam ni.. hati yang resah bertanya. Aku memandang kiri dan kanan sebelum membuka langkah pertama.

Tetapi, belum sempat aku melangkah lebih jauh, sikuku ditarik orang. Terkejut, aku menarik lalu berpaling.

"Sorry, sorry. Didnt mean to surprise you," orang itu bersuara. "You dont seem so good at crossing roads," dia memberikan pandangannya. Aku masih lagi memandangnya. Seperti terpana, kerana orang yang baru aku fikirkan muncul, berdiri di sebelahku.

Budi, hatiku bersuara.

"Hai adik Reza…" kata Budi selepas agak lama aku tidak memberikan respon. "Terkejut lagi ke? Sorry sangat.." Dia memohon maaf lagi. Dia menarik aku naik semula ke bahu jalan.

Terasa bodoh aku cepat-cepat senyum. "Hai..er..haha. Agak terkejutla. Sebab tiba-tiba je.." jawabku akhirnya.

"Haha. Ingatkan terkejut sampai bisu. Sorry ya.. Instinctlah sebab saya selalu pimpin adik-adik saya lintas jalan."

"Takpe.."

Aku kembali diam. Kami masih lagi berdiri di bahu jalan. Tidak berani untuk memandang Budi, aku hanya memandang kereta-kereta yang lalu-lalang. Terfikir yang aku patut bergerak untuk pulang, aku mula untuk meminta diri.

"Er, saya.."

"Jom kita minum dulu," Budi mempelawa sekaligus memintas kata-kataku. Agak terkejut dengan pelawaan tersebut, aku memberanikan diri untuk memandangnya. Ada riak mengharap di wajahnya. Lelaki bertubuh tinggi di sebelahku itu berpakaian bersahaja. Dia tidak kelihatan baru pulang dari mana-mana persembahan. Dia juga kelihatan keseorangan, tidak bersama-sama kawan-kawannya.

"Er…"

"Awak busy ke?"

Entah kenapa susah sangat untuk aku menerima pelawaannya. Seperti ada satu perasaan yang menghalang aku bersetuju dengan ajakkannya. Seperti selalu, dalam keadaan tidak selesa, aku mengerling, memandang jam di tangan. "Saya kena balik," aku memberitahu.

Aku tak tipu ya. Memang aku dalam perjalanan balik, aku berkata sendiri.

Untuk kali kedua hari ini, aku menghampakan dua insan yang berbeza.

"Ke mana? Saya hantar awak balik?" pelawa Budi lagi. Dia kelihatan tidak mahu mengalah.

"Eh, takpe. Saya naik LRT je…" aku memberitahu. Aku tersedar beberapa pasang mata yang memerhati kami. Ada yang berbisik, mungkin bertanya keraguaan di hati kepada rakan di sebelah.

Ni yang leceh jalan dengan artis ni, detik hatiku menyampah. Macam aku pernah jalan dengan artis je sebelum ini, aku ketawa sendiri.

"Apa yang kelakar?" soal Budi. Tersedar yang Budi masih lagi bersama denganku, aku tersipu-sipu.

"Takde.." aku kembali diam.

"Betul tak nak saya hantar awak balik? Saya memang dalam perjalanan ke Tea & Crackers," Budi memberitahu.

"Eh betul takpe. Angah, eh Reza dah janji nak jemput saya."

"Hmm.. kalau macam tu, saya teman awak ke stesen LRT. Boleh?"

"Eh? Okay.. tapi awak tak busy ke?"

"Kalau saya busy, I wont be here now, would I?"

"Haha.. okay, Jomlah.."

Sekali lagi aku membuka langkah untuk menyeberangi jalan. Sekali lagi Budi mencapai sikuku. Entah kenapa hatiku berdetik malu. Aku tahu mukaku bersemu merah. Nasib baik Budi tidak nampak. Namun begitu, kali ini aku membiarkan, membenar dia memimpin aku.

Malunya, aku berkata sendiri. Relax Ella, relax..

Selamat sampai di seberang aku mengucapkan terima kasih. Dia tersenyum lalu kami berjalan semula. Dia menyamakan langkahnya dengan langkahku. Sekali lagi aku tersedar dengan mata-mata yang memandang. Insan-insan yang berbisik.

"Haihs..berjalan dengan orang famous ni.."

"Kenapa? Awak tak suka ke?" soal Budi memecah kesunyian antara kami.

Aku terdiam.

Aku bercakap sendirikan? Dalam hati? hatiku bertanya. Malunya!

"Eh, tak.. haha, tak biasa.." aku berterus terang. Kami sama-sama mendaki anak tangga untuk tiba di stesen LRT di atas.

Kesesakan di tangga elektrik (escalator) mematikan niatku untuk menggunakannya.

Exercise, hehe..

"Lain kali saya pakai disguise," beritahu Budi.

Lelaki itu tidak henti membuat aku terkejut nampaknya. "Lain kali?" aku bertanya.

Adakah lain kali dalam pertemuan kami?

"Ya, lain kali," jawabnya ringkas.

Aku tersenyum. Langkah kami terhenti apabila sampai di tingkat atas. Tidak dinafikan bilangan penumpang yang ramai. Tidak tahulah bagaimana aku nak menyelit masuk bila gerabak LRT sampai nanti.

"Ramai orang ni, awak sure tak nak tumpang saya balik?" Budi masih lagi mempelawa.

"Lain kali sajalah," aku membalas.

Budi ketawa, "Lain kali ya?"

Aku turut ketawa. Suka pula aku melihat wajahnya bila ketawa. Nampak ceria, berseri satu wajah.

Gerabak LRT tiba seperti yang dijadualkan. Aku mula melangkah kehadapan.

"Adik Reza," Budi menyapa.

Berpaling, aku tersenyum, "Ella lah.." aku memberitahu.

Tergelak, "Tahu.." kata Budi. "Adik Reza," dia memanggil lagi.

"Ya?"

"Saya Budi, selamat berkenalan."

"Selamat berkenalan. Panggil saya Ella," balasku sambil tertawa kecil.

"Ella," panggil Budi.

"Hmm?"

"Jumpa lagi."

***

"Angah," sapaku sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kereta Reza.

"Ya?" Reza mengalihkan gear, melepaskan clutch, lalu menekan pedal minyak. Keretanya meluncur meninggalkan stesen KTM tempat dia menjemputku.

"Kenapa Angah tak bagitau kawan-kawan Angah ahli kumpulan Chinta Ben?" soalku, menyoal soalan yang inginku tanyakan dari semalam.

"Eh, sapa?" soal Reza pula.

"Ala..kawan-kawan Angah yang datang Tea & Crackers tu.." aku cuba mengingatkan Reza.

"Ramaikan? Yang mana satu?"

"Ala Angah ni. Kawan sendiri tak ingat. Ala.. yang Angah kenalkan kelmarin," aku memberitahu.

"Oh.. Si.. Budi dengan Armand tu ke?"

It was funny how I actually get their name correct. Well, not entirely their name but Encik A is Armand and Budi was Encik B.

"Ha..yang dua orang tu la."

"Mana Ella tahu diorang ahli Chinta Ben?"

"Bill interview diorang semalam."

"Oh, kenapa tanya? Ella minat ke?"

"EH TAKLAH! Tak mainlah band-band Malaysia ni.." aku pantas menyangkal tekaan Reza. Perasaan malu menyelinap pantas ke dalam diri. Jika tidak kerana Reza sedang memandu, sudah pasti dia akan perasaan wajahku yang mula memerah.

Malu ah kalau Reza tahu!

"That’s what I thought so. Plus, I thought you should know since they’re in your area of work," kata Reza.

"I’m a magazine designer, not reporter," balasku. Tetapi sudah lumrah jika tiada minat, sudah pasti orang itu tidak akan mengambil tahu. Itulah yang terjadi padaku agaknya. Bukan tidak pernah si Bill menyatakan tentang Chinta Ben padaku, kerana aku tidak berminat, aku tidak mengambil tahu.

"But, they’re quite good you know," kata Reza sambil mencapai sebuah kotak CD dari dalam laci di hadapanku. "Nah."

Kotak CD beralih tangan, dan perkara pertama yang tertangkap oleh pandangan mataku adalah wajah Budi.

"Boleh tahanlah their songs, both malay and english songs. Their single ‘Selamanya’, I think is quite top around Malaysia now," Reza memberikan pendapatnya.

"Hmm.." aku membalas ringkas. Aku masih lagi memandang wajah Budi. Tidak semena-mena aku teringatkan senyuman dan ketawanya tadi. Tidak semena-mena juga, aku tersenyum sendiri.

Dua: Pertemuan

September 11th, 2006 by namiechan

Darlings, thank you for the wonderful Sunday. ^^

Again, i’m not so confident with this chapter. I’m still introducing Ella’s life. Things written are based on my imagination. So, please bare with me.

Thank you Farhana, for Chinta Ben and Voluptuous.

Thank you Nabil, for the juru wartawan thing. =)

And thank you for the previous comments. The commentHOR in me welcomes more R&R (read & review). ^^

——————————————————————————————

"You’re still thinking about the guy, aren’t you?" aku disapa. Aku mendongak memandang gadis yang menjenguk dari balik dinding yang memisahkan ruang kerja kami. Itu Bill, sahabatku merangkap personal advisorku.

Aku menggelengkan kepalaku menidakkan pertanyaannya tadi. "Takdelah. Kau tak nampak aku sibuk ni? Kacau je la!"

"Yelah tuuu! dari tadi dok tersengih je aku tengok!" Bill menyindir, memancing kesabaranku.

Aku diam, tidak menghiraukan sindiran Bill. Perhatianku dialihkan semula ke atas meja yang berselerak. Mana mungkin aku mengaku, desis hatiku malu. Pada hakikatnya aku juga tidak mengerti mengapa adengan lucu di Tea & Crackers masih lagi bermain di layar fikiranku. Aku juga tidak mengerti mengapa hatiku asyik mengenangkan dua jejaka semalam. Paling aku hairankan, mengapa aku masih teringatkan encik A.

Lawak, sesuka hati je panggil dia encik A dan encik B, bisik hatiku, ketawa.

Suasana sekeliling ruang pejabat agak lengang memandangkan waktu makan tengah hari. Kelihatan, hanya aku, Bill dan beberapa pekerja lain saja yang masih setia mengisi ruang kosong pejabat.

"Yang mana kau tengah fikirkan?" Bill menyoal aku.

"Encik A," jawab aku spontan. Kemudian aku terdiam apabila tersedar apa yang telah aku katakan. Aku menjeling marah. Bill terkekek-kekek mentertawakan ku.

"GOTCHA! Dah kata dah, kau tengah dok layan perasaan," Bill menyindir, masih lagi berbaki ketawanya. "Nak tipu aku konon. Kau ingat baru semalam aku kenal kau?" dia menyambung. Dia mencuit bahuku, "Jangan marah kak!" katanya sebelum kembali menumpukan perhatian kepada kerjanya.

Mengenangkan Bill, gadis manis yang tidak lokek dengan senyuman itu, marahku tidak lama. Giliran aku pula berdiri, menjenguk ke ruang kerjanya. "Aku rasa pernah nampak dia la Bill," aku memecah keheningan ruang pejabat. Masa-masa lengang inilah, kalau nak berborak tanpa segan silu dalam pejabat.

Bill tidak menoleh. Perhatiannya tertumpu ke atas paparan skrin komputer ribanya. "Sapa?" Bill menyoal.

"Encik A tu. Dan aku rasa, dia orang sama yang berpayung masa aku kat perhentian bas & teksi semalam."

"Hmm…" balas Bill acuh tak acuh, kemudian dia diam.

"NABILA!"

"YA?! Haaa..ya. Kau dah bagitau aku dah. Tapi aku takde kat situ, jadinya aku tak boleh nak meneka dia tu siapa," balas Bill, akhirnya memandangku, tersengih. "Jodoh kau kot," seloroh Bill.

Naik darah ke muka. Aku tahu mukaku merah, malu.

"HAHA! You’ve been thinking about it too haven’t you!"

"NOOOO!" aku memprotes. Aku kembali duduk dan memberi tumpuan kepada kerjaku. Bill masih lagi berbaki ketawa.

Gila punya Bill, aku mendengus geram. Suka sangat mengusik aku.

"Sukanya kamu berdua nii…" kami disapa. Aku menoleh, memandang Norman, seniorku merangkap bos aku. Aku tersengih memandangnya. Keakraban kami membuatkan aku tidak segan silu dengannya. Namun, perasaan hormat aku terhadap Norman masih ada.

"Kanak-kanak Ribena, biasalah!" aku membalas slamber. "What brings you here?" aku menyoal Norman. Tahu sangat dengan perangainya. Kalau tidakkan perkara penting yang perlu perhatian segera, tidak akan dia keluar dari kontinya mencari kami.

"Nabila? Have you finish editing the latest article on woman’s right tu?" soal Norman memaksudkan artikel yang sedang dalam perhatian Bill.

Bill mengangguk, "Dah. Kenapa ya Norman? Ada masalah ke?" soalnya.

"Have you call up the source just to confirm the facts written?"

"Dah, I even compared this article with the alternative. I think this is written better compared to the first draft," Bill memberitahu.

Norman tersenyum kelegaan, "I heard this newbie pernah ada case, she made up facts and her sources. I’m just cheaking," Norman menerangkan.

"Hmm..why did you hire her anyway? We do have enough writers dont we? We should hire beta-readers lah. Bagi senang sikit kerja editor.." Bill merungut. "Plus she gives me weird vibes-lah Norm," Bill menggeleng pelahan. Itu Bill. Mengikut katanya, dia boleh rasa kalau orang yang baru dia kenali membencikan atau menyenangkan. Walaupun "perasaan"nya itu tidak selalunya tepat, tapi kadang-kadang berguna juga.

Norman ketawa, "She have good ideas-lah Bill. That doesnt count ke? Lagipun, if she turns out wrong for the magazine, you can always kick her out." Bill menjeling, geram. Dia tahu Norman menyindirnya. Aku turut ketawa. Aku tahu wajah Bill pasti mencuka. "Oh, Ella? Can you check on Hafiz? Since Jimmy is on vacation, I dont trust Hafiz with today’s photo-shoot," Norman menyambung setelah reda tawanya. Norman memandang aku.

"Mana Saiful?" soalku pula.

"Saiful ada another photo-shoot," beritahu Norman. Aku mengangguk.

"Which reminds me! Saiful is doing Chinta Ben ke?" Bill menyampuk. "I’m supposed to do an in-house interview with those boys. Hehe.. what time is the photo-shoot?" slamber, Bill menyoal Norman.

"2 o’clock, Nabila! And its almost two now. Macam mana ni, your own interview you tak tahu!" komen Norman. Sabar saja lelaki itu dengan perangai kami berdua. Agaknya, kalau tidak memikirkan keakraban kami, sudah lama Norman marah.

"Sorry Bos!" balas Bill. Aku ketawa dengan sikap slamber Bill. Norman menggeleng saja, sabar.

"Okay, girls. I’ll see you later. I’m having lunch with a new potential advertisor," beritahu Norman gembira. Dia berlalu setelah kami ucapkan selamat untuknya. Moga-moga Norman dapat pengiklanan baru untuk majalah, kami berdoa.

"Eh, Ella? Have you listen to Chinta Ben? Their first album not bad-lah," kedengaran Bill memberitahu.

"Ala..lagu cinta rock kapuk with a pretty boy as lead singer. Larislah kat Malaysia ni," aku membalas. Chinta Ben, kumpulan rock lelaki baru sedang hangat kini. Single pertama mereka, Selamanya, lagu rock balada yang berjaya menarik ramai peminat.

Apabila mereka keluar buat pertama kalinya setelah single pertama mereka meletup, golongan "fangirls" semakin bertambah kerana penyanyi utamanya ada rupa. "Dengar kata diorang pakai orang dalam nak naik, betul ke?" aku menyoal.

"Tak baiklah kau. Kalau bukan orang kita yang nak tolong, sapa lagi? Orang-orang macam kau? Takde harapanlah band-band kat Malaysia ni. Seriouslah, their album memang boleh tahan. Ada ala-ala band-band Indonesian yang kau gilakan sangat tu."

"Ala..yang kau patriotik tetiba ni kenapa. Aku cuma tak suka the fact that their fangirls worship the lead singer tapi bukannya their music," aku membela diri.

"Bukan ke it has always been like that?" Bill membalas. Dia berdiri menjenguk ke ruang kerjaku. "Okay-lah babe. I should be going. Nanti aku tak sempat buat interview," katanya sebelum melangkah pergi.

Setelah Bill hilang dari pandangan mata, aku kembali tertumpu ke kerjaku.

Sebenarnya, Norman senior semasa aku di universiti dulu. Aku dan Bill pernah sama-sama terlibat dengan majalah universiti  ketika belajar. Pada masa itu, Norman adalah Senior Editor. Semasa di universitilah kami mengenali Norman dan berkerjasama dengannya. Setelah tamat belajar Norman keluar mencari pangalaman. Bekerja di bawah majalah-majalah yang sudah lama menapak di negara ini. Agak lama aku tidak mendengar khabar beritanya, sehinggalah aku dan Bill mendapat tahu Norman sedang bekerja keras untuk memulakan syarikatnya sendiri. Lahirlah majalah Voluptuous, idea Norman.

Sebaik saja aku dan Bill tamat belajar, Norman datang bertemu dengan kami. Ketika itu, Voluptuous sudah pun menapak maju tiga tahun bersama dengan Norman. Voluptuous, kata Norman, malajah yang merangkumi segalanya! Majalah ini tertumpu untuk kaum wanita dari peringkat remaja sehinggalah dewasa. Voluptuos menyentuh isu semasa, fashion, kesihatan, gosip-gosip artis tempatan dan luar negara dan juga soal keagamaan dan budaya. Voluptuous - full of everything. See, look and ask for MORE! slogan kata yang menaikkan semangat aku untuk menerima pelawaan Norman untuk bekerja dengannya.

Bill lebih banyak terlibat dalam bahagian penulisan dan artikel. Bill penulis/wartawan merangkap editor Voluptuous. Aku lebih selesa tertumpu pada bahagian penghasilan gambar-gambar dan hasil lampiran malajah. Aku Editor Lampiran/Gambar merangkap jurugambar Voluptuous.   

Masih segar lagi diingatan ku ajakan Norman seperti mengajak kawan-kawan lama keluar minum. "Jom kerja dengan saya!" ajak Norman. Mengenangkan bekerja dengan Norman tidak banyak masalah, kami terus setuju. Tetapi, Norman memberitahu kami tentang masalah-masalah yang dia lalui sebelum Voluptuous lahir ke nagara ini. Bukan senang mahu memulakan sesuatu yang baru. Banyak juga cabaran, lebih-lebih lagi saingan daripada majalah-majalah yang sudah lama menapak di negara ini. Masalah untuk mencari sponsor dan advertisor, masalah pengesahan copyright, masalah syarikat pencetakan, tapi Norman tetap biasa. Kuat semangat orangnya, si Norman ni. Salah satu kriteria padanya yang aku hormat. Alhamdulillah kini, Voluptuous masih berdiri teguh.

…and still going strong, hatiku berbisik bangga.

***

Aku turun untuk mencari Bill di bilik pengambaran di bawah. Di tingkat bawah adalah satu ruang khas untuk jurugambar dan angkatannya bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk Voluptuous. Bila aku sebut angkatan jurugambar, termasuklah, jurusolek dan orang-orang yang terlibat dengan backdrop, lighting dan baju-baju peragaan untuk pengambaran.

Ketika aku tiba di tingkat itu, keadaan agak sibuk. Seperti biasa, lebih daripada satu sesi pengambaran yang sedang berlangsung dan masing-masing kesuntukan masa. Entah mengapa aku terasa hidup setiap kali berada di situ berbanding di ruang kerja ku di atas. Mungkin kerana jika tidak diperlukan di bawah, aku akan senyap menghadap hasil-hasil gambar dan lampiran yang akan disiarkan dalam Voluptuous. Kekecohan di sini tidak membuat aku terasa kesunyian seperti mana aku rasa apabila di atas lebih-lebih lagi jika Bill keluar menjalankan tugasnya.

Mataku melilau mencari Bill. Setiap wajah yang dilalui pandangan mata dibalas sapaan mesra. Aku tersenyum membalas sapaan mereka. Aku nampak beberapa model popular sedang memperagakan baju-baju untuk ruangan fesyen Voluptuous bulan ini. Aku nampak Hafiz sedang tenang melakukan tugasnya. Aku memutuskan untuk bertemunya setelah dapat mencari Bill. Namun Bill masih lagi tidak kelihatan.

Mana, cik Nabila ni, aku bertanya sendiri.

Akhirnya aku nampak Bill. Dia sedang rancak berbual dengan sekumpulan lelaki. Seketika dia memberi tumpuan kepada buku nota kecil ditangannya lalu mencatit sesuatu.

Chinta Ben, detik hatiku.

Sepeti mengesan kehadiranku, Bill mendongak, dia tersenyum menyambut kehadiranku. Dia melambai mengajak aku bersamanya.

Perbuatan Bill menaikkan persoalan dalam diri lelaki-lelaki tersebut, mereka menoleh, melihat kepada siapakah Bill melambai sebentar tadi.

Langkahku terhenti. Mataku tertumpu ke arah dua jejaka yang berada dalam kumpulan itu. Salah seorang daripada dua jejaka itu tersenyum, melambai ke arahku.

"Eh, adik Reza! Kita jumpa lagi!"

Seperti membaca fikiranku dan memahami situasi yang berlaku, Bill ketawa kecil. "Ella, ini Chinta Ben," Bill memperkenalkan mereka.

Satu; titik permulaan

September 3rd, 2006 by namiechan

Thanks for the previous comments. I appreciate them very much. Take note that I do reply your comments. Im not so confident with this first chapter. Mostly im just introducing characters. Hopefully i’ll get the hang of it soon…

Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Menapak laju, aku bergegas mencari tempat berteduh. Aku berhenti di bawah lindungan atap perhentian bas dan teksi. Memandang sekeliling aku cuba berfikir bagaimana untuk meredah hujan yang semakin lebat.

Of all the days, hari yang aku tak bawak payung, hujan turun mengila, aku mengeluh perlahan. Menyelok tangan dalam beg galasku, aku cuba mencari telefon bimbitku. Terpandang saja skrin telefon yang kosong, aku menyumpah diri sendiri kerana terlupa untuk memeriksa bateri telefon malam semalam. Mengeluh lagi, aku duduk, menongkat dagu di atas lutut. Lama juga aku duduk begitu, tiada teksi mahupun bas yang lalu.

Seorang lelaki berpayung melintas jalan, menghala ke arah perhentian bas dan teksi tersebut. Hmm…culik orang ni punya payung nak? Tergelak. Suka hati nak amik payung orang. Tanpa berfikir panjang, sebelum otak membantah, aku lari meredah hujan.

Setiba di tempat yang dituju, aku tercungap-cungap. Bukanlah jauh sangat dengan perhentian bas dan teksi tadi. Tetapi kalau dah kena lari dalam hujan, termengah-mengah jugalah dibuatnya.

Aku menolak masuk daun pintu Tea & Crackers. Tidak hirau keadaan yang basah kuyup, tidak hirau mata yang memandang, aku melangkah masuk.

"ELLLLLAAAA!!!! APA NIIIIIII?" suara marah yang separuh berbisik menyambut kedatanganku. Tuan empunya suara terbelalak memandang keadaanku. "Mentang-mentang awak kenal owner kafe ni, mengada masuk macam rumah sendiri laaa?" masih lagi berbisik, dia berterusan berleter. Ini Reza, abangku. Oh, abang yang kusayangi sepenuh hati memang suka sangat berleter. Kadang-kadang tu kalah orang perempuan. Panjang saja dia komen. Ada saja yang tidak kena. Kadang-kadang geram aku dibuatnya.

Aku tersengih memandangnya "Ehhee…" memohon simpati. "Hujan lebat sangat…" jawabku sambil menunjuk ke luar pintu. Hujan masih lagi lebat turun, bagaikan pesta keramaian bersorak kegembiraan meraikan manusia-manusia yang basah kuyup.

Aku beralih ke tepi apabila ada pelanggan yang datang. Aku tersenyum "Selamat Datang!" sapaku ceria. Sapaanku dibalas dengan senyuman. Reza turut tersenyum, tangannya pantas menunjuk ke arah tempat-tempat yang masih kosong. "Silalah masuk." Berlalu saja orang tadi Reza menyuruh aku menyalin pakaian. "Macam kain buruk je diri depan pintu," ngomelnya geram. Aku menjelir lidah tanda protes. "Adik angah jugaaaakkkkk…" bisikku geram sebelum Reza meninggalkanku.

Aku mengatur langkah menuju ke belakang kafe, meninggalkan bekas basah tapak kasutku.

"Ella, nanti mop lantai tau," aku disapa. Aku menoleh memandang wanita yang baru ku sedar berada di belakang kaunter. Ini Kak Intan, kakak iparku. Tak, tak dia isteri Rizal, abangku lagi satu. Kak Intan best!

"Okay!" balasku.

"Tapi pergi salin baju dulu," katanya lagi.

"Yes, ma’am."

"Along mana kak?"

"Ada kat atas, solat agaknya"

"Ohh..okay.." Aku hilang disebalik daun pintu masuk ke belakang kafe. Beberapa pekerja kafe sedang sibuk menyiapkan order. Aku tersenyum ke arah mereka. Ada yang menyapa, bertanya khabar. Ada yang senyum saja.

Elok saja aku melangkah naik anak tangga pertama, Rizal turun menyapaku. "Apa ni basah kuyup?" Aku mendongak memandangnya, tersengih bila dia masih lagi memandang keadaanku. "Kenapa tak call suruh Along ke Angah jemput tadi?" soalnya. Ada nada kerisauan dalam suaranya. Inilah Rizal, abangku yang sulung. Dia memang selalu risaukan keadaanku. Kalau nak dibandingkan dengan Reza, Rizal lebih banyak mengambil berat tentang diriku. Ahha..sayaaanng Along!

"Phone bateri takde. Ala..orang dah nak sampai dah tiba-tiba hujan. Relax la, Long!" aku membalas. Kadang-kadang aku kesian kat Rizal. Dia selalu risaukan aku, aku slamber saja bawa masalah kepada diri sendiri.

Rizal tersenyum saja. "Aa, cepat mandi. Nanti demam, sapa susah?"

"Yaaaa," aku mengangguk faham. Rizal turun meninggalkan aku. Kedengaran dia
menyapa beberapa pekerja di dapur. Aku bergegas naik untuk membersihkan diri.
Ruangan atas kafe sekadar tempat solat dan tempat istirehat untuk pekerja-pekerja di kafe. Tapi lengkap seperti apartment berpenghuni tetap. Ada bilik air, ruang tamu, dapur, dan ada dua bilik di mana satu untuk kegunaan pekerja lelaki dan satu lagi untuk kegunaan pekerja perempuan.

Kafe ni kepunyaan ayah tapi Along yang uruskan. Tea & Crackers adalah kafe yang khas untuk penggemar teh. Tea & Crackers mempunyai produk minuman teh yang pelbagai jenis untuk pelbagai jenis pelanggan. Dari yang suka teh manis, kepada yang suka teh herba. Selain teh, minuman lain ada juga disediakan. Cuma Tea & Crackers lebih kepada penyajian teh. Kenapa teh? 1) Sebab sudah banyak kafe-kafe kopi. 2) Sebab mama suka teh.

Kenapa nama Tea & Crackers? The simple idea of most people minum teh dengan biskut Crackers. Kira Tea & Crackers kafe minum dan kedai bakeri dalam satu la.

Alamak, aku buat promosi pula…

Usai solah Asar, aku bergegas turun ke kafe. Kak Intan masih lagi di belakang kaunter, kali ini sedang melayan pelanggan. Aku melihat lantai yang sudah bersih, hilang bekas basah tapak kaki ku tadi.

"Awak lambat sangat. Along dah suruh orang lain buat," Angah memberitahu. Aku tersengih kemenangan. "Gedik."

"Ala…biarlah," balasku slamber. "Orang lapar la, Ngah. Ambik order!"

"Suka hati. Ada tangan, ada kaki, pergi la buat sendiri!"

"Angah memang!"

Aku meninggalkan Reza. Ahh…Angah orang mintak tolong sikit pun tak bolehhh! aku ngomel dalam hati. Menghala ke kaunter bar, aku mengambil tempat dekat dengan Kak Intan. "Kak….."

"Haha..ya. Awak nak your favourite Chrysanthemum Tea and Blueberry Muffin?" Kak Intan meneka pilihanku. Aku tersenyum, mengiakan tekaannya. "Terima Kasih."

Sementara menunggu aku membelek menu di tangan. Tidak sedar, ada dua orang lelaki yang duduk di stool sebelah ku. Aku hanya menyedari kedatangan mereka apabila salah seorang dari mereka bersuara.

"Kau nak pesan apa?"

"Er…apa best?"

"Hmm…mana menu?"

Agaknya, memandang menu yang berada di tanganku, secara spontan lelaki yang berada dekat denganku terus mencapai. Dan aku, juga spontan, menarik menu sebelum sempat lelaki itu mengambilnya.

Seketika, kami terdiam.

Aku menoleh sedikit. "Er..sorry.." Aku menolak menu kearahnya semula. Dari ekor mataku aku nampak dia mengangguk lalu mencapai menu di atas meja. Kedengaran kawannya di sebelah tertawa kecil. Mukaku bersemu merah. Terasa malu dan bodoh atas kelakuan yang tidak disengajakan.

Kak Intan tiba dengan pesananku. Memandang ada pelanggan baru, dia terus menjalankan tugasnya. Aku diam menjamu selera. Kak Intan hilang semula menghantar pesanan ke dapur. Seketika kemudian, dia muncul lalu duduk semula di depan Cash Register. Perhatiannya tertumpu ke buku kira-kira yang terbuka di hadapannya. Aku terusan diam menjamah muffin kegemaranku.

"Kerja kat sini ke?" aku disapa tiba-tiba. Tersentak juga dibuatnya. Aku menoleh ke arah tuan empunya suara.

"Tak," aku menggeleng. "Well, sort of…" aku menyambung apabila teringat aku sedang mengenakan kemeja-t seragam Tea & Crackers. Lelaki yang duduk di sebelahku mengangguk.

Muka mamat ni familiar, hatiku terdetik, Mana pernah aku jumpa mamat ni?

Reza tiba membawa pesanan dua lelaki di sebelahku. "Here you go…"

"Haha Reza! Thanks," kata lelaki itu ramah.

Eh, dia kenal Angah?

"Malam ni kau datang tak?" soal lelaki yang lagi satu.

Aku perhati Reza mengangguk. "Mesti datang. Dah janji pulak," kata Reza.

"Cantiklah!"

"Eh, sedaplah Chicken Pie ni." lelaki di sebelahku memuji. Aku tersenyum bangga mendengarnya.

"Resepi Kakak Ipar aku," Reza memberitahu sambil menunjuk ke arah Kak Intan. Terdengar perbualan Reza, Kak Intan senyum melambai ke arah mereka. Mereka senyum.

Aku menghirup airku. Leganya rasa, tenangnya fikiran. Chrysanthemum Tea pengubat jiwaku. Aku tidak menghiraukan Reza yang rancak berbual dengan kawan-kawannya disebelahku. Reza pun macam slamber buat-buat tak nampak aku duduk di situ.

Angah memang..desisku geram. Tetapi aku sudah cukup masak dengan perangai Reza.

Selesai makan, Reza masih lagi berborak. Entah apa intipati perbualan mereka, tuhan saja yang tahu. Aku menggangkat pinggan dan cawan untuk di hantar ke belakang.

Sebelum aku turun dari stool, Reza bersuara. "Eh takpelah," dia mencapai pinggan dan cawan dari tanganku. "Angah hantarkan. Awak balik terus. Ayah mintak awak jemput Aina kat rumah kawan dia." katanya lagi.

Baru aku sedar hujan sudah pun reda bila aku menoleh keluar. Memandang semula ke arah Reza aku mengangguk faham. "Okay. Kat rumah Sarah ke?" soalku bermaksudkan tempat Aina berada.

"Ha’ah…"

"La..adik kau ke Reza?" soal B. Okay, at this point aku namakan lelaki di sebelahku A dan lelaki di sebelah A ialah B.

"Oh ha’ah. Ni adik aku. Ella, ni kawan-kawan abang," Reza memperkenalkan. Aku tersenyum saja. Kemudian aku lekas turun menuju ke arah Kak Intan.

"Kak, kali ni Angah belanja," aku memberitahu Kak Intan.

"Ye la awak tu. Kang dia mengamok lagi kalau dia tahu awak asyik potong gaji dia.." balas Kak Intan memaksudkan bayaran kepada makanan dan minuman aku tadi. Kadang-kadang je aku ‘membayar’ menggunakan gaji Reza. Lebih-lebih lagi masa-masa aku geram dan mahu bertindak kejam ke atasnya. Selalunya aku makan free je. 

Aku ketawa, "Biar Angah tu. Eh, orang balik dulu la. Nanti orang jemput Aina."

"Thank Ella. Nanti suruh dia mandi ya, and suruh dia siapkan homework dia dulu before tengok tv," Kak Intan memesan. "Ha, jangan lupa beg awak tu," Kak Intan menunjuk ke arah beg galasku yang terletak di sebelah stool yang aku duduk tadi.

"OH! Nasib baik.."

Aku melangkah ke arah kaunter. Reza sudah tiada melayan kawan-kawannya. A dan B sedang berborak, tidak sedar akan kehadiranku. Aku mencapai beg lalu menyusun langkah menuju pintu utama.

"Eh, adik Reza!" aku disapa. "Nak balik dah?"

"Er, ha’ah?" aku memandang B.

"Oh. Okay, Jumpa lagi!" B melambai mesra. Aku tersenyum membalas lambaiannya. Aku turut senyum ke arah A.

Kemudian cepat-cepat aku melangkah keluar. Terasa pelik dengan kemesraan B.
Tiba-tiba je mamat ni…bisik hatiku.

Melangkah keluar, aku menarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan aku melepaskanya. Aku suka udara selepas hujan. Sangat menyegarkan. Membetulkan duduk beg di bahuku, aku mengatur langkah untuk pulang ke rumah.

Tidak semena-mena wajah A menemani perjalanan pulangku.

Prolog; si penglipur lara

August 20th, 2006 by namiechan

"It all started on that very faithful day…"

Aku terdengar suara dia ketawa. Beralih daripada paparan skrin komputer ribaku, aku menjeling ke arahnya, menyampah.

"Dramatic-nya bunyi…" dia berseloroh, masih lagi berbaki ketawa.

Ahh~ kalau diikutkan sangat dengan lelaki itu, pasti aku tidak akan dapat mulakan ceritaku ini. "Well, the story have to start somewhere," balasku geram.

"Yelah, Cik Penulis, tapi jangan la dramatic sangat permulaannya. Cliche-lah bunyinya," dia menjawab sambil tersenyum menahan ketawa. Mengenangkan wajahku yang mencuka, aku pasti itu punca senyumannya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, perlahan-lahan melepaskannya. Terasa sedikit tenang.

"Okay, Encik Bijaksana, pada pandangan anda, bagaimanakah permulaan cerita yang saya patut lakukan?" aku bertanya, mencabar.

Mengangkat bahu, "Hmm…it shouldnt just start. It should begin…" katanya.

"Ohh~ that helps,"Aku memandangnya geram. Cakap macam bagus je pakcik ni, desusku dalam hati.

Dia ketawa lagi sambil mengangkat tangan, mengalah. "Saya memberi pandangan sahaja." Bahuku dirangkul mesra. "Janganlah marah. Nanti cepat tua!" Pipiku terasa kehangatan ciumannya.

Aku tersenyum. "Mengada..kalau saya tua awak tak nak lah ya?" aku bertanya.

"Kalau awak tua, saya dah kerepot kot.." dia memberi jawapan. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. "Masa tu, ada berapa agaknya anak kita?" dia pula bertanya.

Tidak semena-mena, wajahku bersemu merah. Perasaan geram dan malu bercampur-baur di hati. Pantas, jemariku bergerak lantas mencubit pinggang dia.

"EHHh.. sakit la!" dia menjauhkan diri lantas menarik muka. Kemudian, bagaikan tersedar sesuatu, dia tertewa kecil. "Hehe..ada berapa anak kita masa tu, wak?" dia bertanya lagi sambil tersengih memandangku. Dia sedar aku berasa malu dengan soalannya tadi. Agaknya muka yang sudah pun merah bertambah merah lagi. Bertuah punya lelaki, suka hati je tanya soalan cepumas, desisku geram.

Aku diam, berlagak seperti tidak mendengar soalannya. Dia berjalan mendekati aku semula. Berdiri di sebelah dia memandangku. Masih lagi berbaki ketawa dia berbisik, "Saya nak sebelas orang tau. Boleh buat team bola sepak sekali."

Kali ini, cepat saja dia mengelak sebelum aku dapat mencubitnya. "Okay, okay. Saya tak kacau awak. Saya dah lambat ni," dia memberitahu. Gugusan kunci kereta dicapainya lantas bergerak menuju pintu. Sebelum keluar dia berpaling semula ke arahku lantas bersuara, "Malam kang saya balik kita sambung projek kita ya." Tersengih. Kemudian dia hilang disebalik pintu, sempat mengelak bantal yang aku baling ke arahnya.

Aku masih lagi tersipu malu. Anak? Haha…anak…hmm….

Membiarkan persoalan itu, aku menatap semula paparan skrin yang lama aku biarkan. Jemariku pantas bergerak di atas papan kekunci komputer ribaku.

"It all started on that very faithful day…" Okay, cerita ini tidaklah bermula betul-betul pada hari tersebut. Semua orang tahu, setiap cerita adalah sambungan dari cerita-cerita sebelumnya. Cuma, untuk bercerita aku perlu bermula di satu titik tunjuk dan hari tersebut adalah titik permulaannya. Permulaan ceritaku.

Oh ya, dan namaku, Ella.

an introduction

August 18th, 2006 by namiechan

First of all, just to make it clear to all of you (assuming people do read my Friendster blog), this is not my main blog. I do not write my personal details, or everyday occurrence, or my love-life updates here (as if i have one) in this blog. nope, nu-uh, negative.

So, do not assume by reading whatever i (will) write in this blog would be related to me, thus finding yourself making assumptions of who i am.

My Friendster blog serves as my platform to write, again. Yes, i love writing stories since primary school. But i stop because time, studies, and my laziness took over me. And my brain stop producing juicy plot ideas since i encounter Additional Math in Form 4.  *cough*

Unfortunately, (assuming there are people actually do read my Friendster Blog) my writings would be in the context of Malay language. So, (again, assuming there’s people actually do read my Friendster Blog) my range of audience is not so big.

I don’t know exactly when will i be starting but if i do, (yet again, assuming there are people actually do read my Friendster Blog) I’ll bring you a story from a girl’s point of view. I’ll be writing in a form of journals of the girl (i have yet to name). The story would revolve around her and her surrounding - you’ll see her happy, upset, angry, fall, hyper, stumble, hurt, cry - yerps, every emotion possible. But, this all depends on how the story take turn.

I hope i manage to deliver quite clearly, (in the future) what you read, is not my journal entries. If (in the future) friends find bits and pieces of personality trait in the girl’s character, well, it IS me putting myself into the story BUT on the purpose of shaping a character. *winks*

Before I leave, (yes, another assumption of people actually do read my Friendster blog) I would like to thank you for taking time to read through. Sorry if you think reading this entry was a waste of time and I’m VERY sorry that you cant refund back the time taken from you to actually read through until this very last dot. *grins*

Thank you.