Prolog; si penglipur lara
Sunday, August 20th, 2006"It all started on that very faithful day…"
Aku terdengar suara dia ketawa. Beralih daripada paparan skrin komputer ribaku, aku menjeling ke arahnya, menyampah.
"Dramatic-nya bunyi…" dia berseloroh, masih lagi berbaki ketawa.
Ahh~ kalau diikutkan sangat dengan lelaki itu, pasti aku tidak akan dapat mulakan ceritaku ini. "Well, the story have to start somewhere," balasku geram.
"Yelah, Cik Penulis, tapi jangan la dramatic sangat permulaannya. Cliche-lah bunyinya," dia menjawab sambil tersenyum menahan ketawa. Mengenangkan wajahku yang mencuka, aku pasti itu punca senyumannya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, perlahan-lahan melepaskannya. Terasa sedikit tenang.
"Okay, Encik Bijaksana, pada pandangan anda, bagaimanakah permulaan cerita yang saya patut lakukan?" aku bertanya, mencabar.
Mengangkat bahu, "Hmm…it shouldnt just start. It should begin…" katanya.
"Ohh~ that helps,"Aku memandangnya geram. Cakap macam bagus je pakcik ni, desusku dalam hati.
Dia ketawa lagi sambil mengangkat tangan, mengalah. "Saya memberi pandangan sahaja." Bahuku dirangkul mesra. "Janganlah marah. Nanti cepat tua!" Pipiku terasa kehangatan ciumannya.
Aku tersenyum. "Mengada..kalau saya tua awak tak nak lah ya?" aku bertanya.
"Kalau awak tua, saya dah kerepot kot.." dia memberi jawapan. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. "Masa tu, ada berapa agaknya anak kita?" dia pula bertanya.
Tidak semena-mena, wajahku bersemu merah. Perasaan geram dan malu bercampur-baur di hati. Pantas, jemariku bergerak lantas mencubit pinggang dia.
"EHHh.. sakit la!" dia menjauhkan diri lantas menarik muka. Kemudian, bagaikan tersedar sesuatu, dia tertewa kecil. "Hehe..ada berapa anak kita masa tu, wak?" dia bertanya lagi sambil tersengih memandangku. Dia sedar aku berasa malu dengan soalannya tadi. Agaknya muka yang sudah pun merah bertambah merah lagi. Bertuah punya lelaki, suka hati je tanya soalan cepumas, desisku geram.
Aku diam, berlagak seperti tidak mendengar soalannya. Dia berjalan mendekati aku semula. Berdiri di sebelah dia memandangku. Masih lagi berbaki ketawa dia berbisik, "Saya nak sebelas orang tau. Boleh buat team bola sepak sekali."
Kali ini, cepat saja dia mengelak sebelum aku dapat mencubitnya. "Okay, okay. Saya tak kacau awak. Saya dah lambat ni," dia memberitahu. Gugusan kunci kereta dicapainya lantas bergerak menuju pintu. Sebelum keluar dia berpaling semula ke arahku lantas bersuara, "Malam kang saya balik kita sambung projek kita ya." Tersengih. Kemudian dia hilang disebalik pintu, sempat mengelak bantal yang aku baling ke arahnya.
Aku masih lagi tersipu malu. Anak? Haha…anak…hmm….
Membiarkan persoalan itu, aku menatap semula paparan skrin yang lama aku biarkan. Jemariku pantas bergerak di atas papan kekunci komputer ribaku.
"It all started on that very faithful day…" Okay, cerita ini tidaklah bermula betul-betul pada hari tersebut. Semua orang tahu, setiap cerita adalah sambungan dari cerita-cerita sebelumnya. Cuma, untuk bercerita aku perlu bermula di satu titik tunjuk dan hari tersebut adalah titik permulaannya. Permulaan ceritaku.
Oh ya, dan namaku, Ella.