Archive for September, 2006

Dua: Pertemuan

Monday, September 11th, 2006

Darlings, thank you for the wonderful Sunday. ^^

Again, i’m not so confident with this chapter. I’m still introducing Ella’s life. Things written are based on my imagination. So, please bare with me.

Thank you Farhana, for Chinta Ben and Voluptuous.

Thank you Nabil, for the juru wartawan thing. =)

And thank you for the previous comments. The commentHOR in me welcomes more R&R (read & review). ^^

——————————————————————————————

"You’re still thinking about the guy, aren’t you?" aku disapa. Aku mendongak memandang gadis yang menjenguk dari balik dinding yang memisahkan ruang kerja kami. Itu Bill, sahabatku merangkap personal advisorku.

Aku menggelengkan kepalaku menidakkan pertanyaannya tadi. "Takdelah. Kau tak nampak aku sibuk ni? Kacau je la!"

"Yelah tuuu! dari tadi dok tersengih je aku tengok!" Bill menyindir, memancing kesabaranku.

Aku diam, tidak menghiraukan sindiran Bill. Perhatianku dialihkan semula ke atas meja yang berselerak. Mana mungkin aku mengaku, desis hatiku malu. Pada hakikatnya aku juga tidak mengerti mengapa adengan lucu di Tea & Crackers masih lagi bermain di layar fikiranku. Aku juga tidak mengerti mengapa hatiku asyik mengenangkan dua jejaka semalam. Paling aku hairankan, mengapa aku masih teringatkan encik A.

Lawak, sesuka hati je panggil dia encik A dan encik B, bisik hatiku, ketawa.

Suasana sekeliling ruang pejabat agak lengang memandangkan waktu makan tengah hari. Kelihatan, hanya aku, Bill dan beberapa pekerja lain saja yang masih setia mengisi ruang kosong pejabat.

"Yang mana kau tengah fikirkan?" Bill menyoal aku.

"Encik A," jawab aku spontan. Kemudian aku terdiam apabila tersedar apa yang telah aku katakan. Aku menjeling marah. Bill terkekek-kekek mentertawakan ku.

"GOTCHA! Dah kata dah, kau tengah dok layan perasaan," Bill menyindir, masih lagi berbaki ketawanya. "Nak tipu aku konon. Kau ingat baru semalam aku kenal kau?" dia menyambung. Dia mencuit bahuku, "Jangan marah kak!" katanya sebelum kembali menumpukan perhatian kepada kerjanya.

Mengenangkan Bill, gadis manis yang tidak lokek dengan senyuman itu, marahku tidak lama. Giliran aku pula berdiri, menjenguk ke ruang kerjanya. "Aku rasa pernah nampak dia la Bill," aku memecah keheningan ruang pejabat. Masa-masa lengang inilah, kalau nak berborak tanpa segan silu dalam pejabat.

Bill tidak menoleh. Perhatiannya tertumpu ke atas paparan skrin komputer ribanya. "Sapa?" Bill menyoal.

"Encik A tu. Dan aku rasa, dia orang sama yang berpayung masa aku kat perhentian bas & teksi semalam."

"Hmm…" balas Bill acuh tak acuh, kemudian dia diam.

"NABILA!"

"YA?! Haaa..ya. Kau dah bagitau aku dah. Tapi aku takde kat situ, jadinya aku tak boleh nak meneka dia tu siapa," balas Bill, akhirnya memandangku, tersengih. "Jodoh kau kot," seloroh Bill.

Naik darah ke muka. Aku tahu mukaku merah, malu.

"HAHA! You’ve been thinking about it too haven’t you!"

"NOOOO!" aku memprotes. Aku kembali duduk dan memberi tumpuan kepada kerjaku. Bill masih lagi berbaki ketawa.

Gila punya Bill, aku mendengus geram. Suka sangat mengusik aku.

"Sukanya kamu berdua nii…" kami disapa. Aku menoleh, memandang Norman, seniorku merangkap bos aku. Aku tersengih memandangnya. Keakraban kami membuatkan aku tidak segan silu dengannya. Namun, perasaan hormat aku terhadap Norman masih ada.

"Kanak-kanak Ribena, biasalah!" aku membalas slamber. "What brings you here?" aku menyoal Norman. Tahu sangat dengan perangainya. Kalau tidakkan perkara penting yang perlu perhatian segera, tidak akan dia keluar dari kontinya mencari kami.

"Nabila? Have you finish editing the latest article on woman’s right tu?" soal Norman memaksudkan artikel yang sedang dalam perhatian Bill.

Bill mengangguk, "Dah. Kenapa ya Norman? Ada masalah ke?" soalnya.

"Have you call up the source just to confirm the facts written?"

"Dah, I even compared this article with the alternative. I think this is written better compared to the first draft," Bill memberitahu.

Norman tersenyum kelegaan, "I heard this newbie pernah ada case, she made up facts and her sources. I’m just cheaking," Norman menerangkan.

"Hmm..why did you hire her anyway? We do have enough writers dont we? We should hire beta-readers lah. Bagi senang sikit kerja editor.." Bill merungut. "Plus she gives me weird vibes-lah Norm," Bill menggeleng pelahan. Itu Bill. Mengikut katanya, dia boleh rasa kalau orang yang baru dia kenali membencikan atau menyenangkan. Walaupun "perasaan"nya itu tidak selalunya tepat, tapi kadang-kadang berguna juga.

Norman ketawa, "She have good ideas-lah Bill. That doesnt count ke? Lagipun, if she turns out wrong for the magazine, you can always kick her out." Bill menjeling, geram. Dia tahu Norman menyindirnya. Aku turut ketawa. Aku tahu wajah Bill pasti mencuka. "Oh, Ella? Can you check on Hafiz? Since Jimmy is on vacation, I dont trust Hafiz with today’s photo-shoot," Norman menyambung setelah reda tawanya. Norman memandang aku.

"Mana Saiful?" soalku pula.

"Saiful ada another photo-shoot," beritahu Norman. Aku mengangguk.

"Which reminds me! Saiful is doing Chinta Ben ke?" Bill menyampuk. "I’m supposed to do an in-house interview with those boys. Hehe.. what time is the photo-shoot?" slamber, Bill menyoal Norman.

"2 o’clock, Nabila! And its almost two now. Macam mana ni, your own interview you tak tahu!" komen Norman. Sabar saja lelaki itu dengan perangai kami berdua. Agaknya, kalau tidak memikirkan keakraban kami, sudah lama Norman marah.

"Sorry Bos!" balas Bill. Aku ketawa dengan sikap slamber Bill. Norman menggeleng saja, sabar.

"Okay, girls. I’ll see you later. I’m having lunch with a new potential advertisor," beritahu Norman gembira. Dia berlalu setelah kami ucapkan selamat untuknya. Moga-moga Norman dapat pengiklanan baru untuk majalah, kami berdoa.

"Eh, Ella? Have you listen to Chinta Ben? Their first album not bad-lah," kedengaran Bill memberitahu.

"Ala..lagu cinta rock kapuk with a pretty boy as lead singer. Larislah kat Malaysia ni," aku membalas. Chinta Ben, kumpulan rock lelaki baru sedang hangat kini. Single pertama mereka, Selamanya, lagu rock balada yang berjaya menarik ramai peminat.

Apabila mereka keluar buat pertama kalinya setelah single pertama mereka meletup, golongan "fangirls" semakin bertambah kerana penyanyi utamanya ada rupa. "Dengar kata diorang pakai orang dalam nak naik, betul ke?" aku menyoal.

"Tak baiklah kau. Kalau bukan orang kita yang nak tolong, sapa lagi? Orang-orang macam kau? Takde harapanlah band-band kat Malaysia ni. Seriouslah, their album memang boleh tahan. Ada ala-ala band-band Indonesian yang kau gilakan sangat tu."

"Ala..yang kau patriotik tetiba ni kenapa. Aku cuma tak suka the fact that their fangirls worship the lead singer tapi bukannya their music," aku membela diri.

"Bukan ke it has always been like that?" Bill membalas. Dia berdiri menjenguk ke ruang kerjaku. "Okay-lah babe. I should be going. Nanti aku tak sempat buat interview," katanya sebelum melangkah pergi.

Setelah Bill hilang dari pandangan mata, aku kembali tertumpu ke kerjaku.

Sebenarnya, Norman senior semasa aku di universiti dulu. Aku dan Bill pernah sama-sama terlibat dengan majalah universiti  ketika belajar. Pada masa itu, Norman adalah Senior Editor. Semasa di universitilah kami mengenali Norman dan berkerjasama dengannya. Setelah tamat belajar Norman keluar mencari pangalaman. Bekerja di bawah majalah-majalah yang sudah lama menapak di negara ini. Agak lama aku tidak mendengar khabar beritanya, sehinggalah aku dan Bill mendapat tahu Norman sedang bekerja keras untuk memulakan syarikatnya sendiri. Lahirlah majalah Voluptuous, idea Norman.

Sebaik saja aku dan Bill tamat belajar, Norman datang bertemu dengan kami. Ketika itu, Voluptuous sudah pun menapak maju tiga tahun bersama dengan Norman. Voluptuous, kata Norman, malajah yang merangkumi segalanya! Majalah ini tertumpu untuk kaum wanita dari peringkat remaja sehinggalah dewasa. Voluptuos menyentuh isu semasa, fashion, kesihatan, gosip-gosip artis tempatan dan luar negara dan juga soal keagamaan dan budaya. Voluptuous - full of everything. See, look and ask for MORE! slogan kata yang menaikkan semangat aku untuk menerima pelawaan Norman untuk bekerja dengannya.

Bill lebih banyak terlibat dalam bahagian penulisan dan artikel. Bill penulis/wartawan merangkap editor Voluptuous. Aku lebih selesa tertumpu pada bahagian penghasilan gambar-gambar dan hasil lampiran malajah. Aku Editor Lampiran/Gambar merangkap jurugambar Voluptuous.   

Masih segar lagi diingatan ku ajakan Norman seperti mengajak kawan-kawan lama keluar minum. "Jom kerja dengan saya!" ajak Norman. Mengenangkan bekerja dengan Norman tidak banyak masalah, kami terus setuju. Tetapi, Norman memberitahu kami tentang masalah-masalah yang dia lalui sebelum Voluptuous lahir ke nagara ini. Bukan senang mahu memulakan sesuatu yang baru. Banyak juga cabaran, lebih-lebih lagi saingan daripada majalah-majalah yang sudah lama menapak di negara ini. Masalah untuk mencari sponsor dan advertisor, masalah pengesahan copyright, masalah syarikat pencetakan, tapi Norman tetap biasa. Kuat semangat orangnya, si Norman ni. Salah satu kriteria padanya yang aku hormat. Alhamdulillah kini, Voluptuous masih berdiri teguh.

…and still going strong, hatiku berbisik bangga.

***

Aku turun untuk mencari Bill di bilik pengambaran di bawah. Di tingkat bawah adalah satu ruang khas untuk jurugambar dan angkatannya bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk Voluptuous. Bila aku sebut angkatan jurugambar, termasuklah, jurusolek dan orang-orang yang terlibat dengan backdrop, lighting dan baju-baju peragaan untuk pengambaran.

Ketika aku tiba di tingkat itu, keadaan agak sibuk. Seperti biasa, lebih daripada satu sesi pengambaran yang sedang berlangsung dan masing-masing kesuntukan masa. Entah mengapa aku terasa hidup setiap kali berada di situ berbanding di ruang kerja ku di atas. Mungkin kerana jika tidak diperlukan di bawah, aku akan senyap menghadap hasil-hasil gambar dan lampiran yang akan disiarkan dalam Voluptuous. Kekecohan di sini tidak membuat aku terasa kesunyian seperti mana aku rasa apabila di atas lebih-lebih lagi jika Bill keluar menjalankan tugasnya.

Mataku melilau mencari Bill. Setiap wajah yang dilalui pandangan mata dibalas sapaan mesra. Aku tersenyum membalas sapaan mereka. Aku nampak beberapa model popular sedang memperagakan baju-baju untuk ruangan fesyen Voluptuous bulan ini. Aku nampak Hafiz sedang tenang melakukan tugasnya. Aku memutuskan untuk bertemunya setelah dapat mencari Bill. Namun Bill masih lagi tidak kelihatan.

Mana, cik Nabila ni, aku bertanya sendiri.

Akhirnya aku nampak Bill. Dia sedang rancak berbual dengan sekumpulan lelaki. Seketika dia memberi tumpuan kepada buku nota kecil ditangannya lalu mencatit sesuatu.

Chinta Ben, detik hatiku.

Sepeti mengesan kehadiranku, Bill mendongak, dia tersenyum menyambut kehadiranku. Dia melambai mengajak aku bersamanya.

Perbuatan Bill menaikkan persoalan dalam diri lelaki-lelaki tersebut, mereka menoleh, melihat kepada siapakah Bill melambai sebentar tadi.

Langkahku terhenti. Mataku tertumpu ke arah dua jejaka yang berada dalam kumpulan itu. Salah seorang daripada dua jejaka itu tersenyum, melambai ke arahku.

"Eh, adik Reza! Kita jumpa lagi!"

Seperti membaca fikiranku dan memahami situasi yang berlaku, Bill ketawa kecil. "Ella, ini Chinta Ben," Bill memperkenalkan mereka.

Satu; titik permulaan

Sunday, September 3rd, 2006

Thanks for the previous comments. I appreciate them very much. Take note that I do reply your comments. Im not so confident with this first chapter. Mostly im just introducing characters. Hopefully i’ll get the hang of it soon…

Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Menapak laju, aku bergegas mencari tempat berteduh. Aku berhenti di bawah lindungan atap perhentian bas dan teksi. Memandang sekeliling aku cuba berfikir bagaimana untuk meredah hujan yang semakin lebat.

Of all the days, hari yang aku tak bawak payung, hujan turun mengila, aku mengeluh perlahan. Menyelok tangan dalam beg galasku, aku cuba mencari telefon bimbitku. Terpandang saja skrin telefon yang kosong, aku menyumpah diri sendiri kerana terlupa untuk memeriksa bateri telefon malam semalam. Mengeluh lagi, aku duduk, menongkat dagu di atas lutut. Lama juga aku duduk begitu, tiada teksi mahupun bas yang lalu.

Seorang lelaki berpayung melintas jalan, menghala ke arah perhentian bas dan teksi tersebut. Hmm…culik orang ni punya payung nak? Tergelak. Suka hati nak amik payung orang. Tanpa berfikir panjang, sebelum otak membantah, aku lari meredah hujan.

Setiba di tempat yang dituju, aku tercungap-cungap. Bukanlah jauh sangat dengan perhentian bas dan teksi tadi. Tetapi kalau dah kena lari dalam hujan, termengah-mengah jugalah dibuatnya.

Aku menolak masuk daun pintu Tea & Crackers. Tidak hirau keadaan yang basah kuyup, tidak hirau mata yang memandang, aku melangkah masuk.

"ELLLLLAAAA!!!! APA NIIIIIII?" suara marah yang separuh berbisik menyambut kedatanganku. Tuan empunya suara terbelalak memandang keadaanku. "Mentang-mentang awak kenal owner kafe ni, mengada masuk macam rumah sendiri laaa?" masih lagi berbisik, dia berterusan berleter. Ini Reza, abangku. Oh, abang yang kusayangi sepenuh hati memang suka sangat berleter. Kadang-kadang tu kalah orang perempuan. Panjang saja dia komen. Ada saja yang tidak kena. Kadang-kadang geram aku dibuatnya.

Aku tersengih memandangnya "Ehhee…" memohon simpati. "Hujan lebat sangat…" jawabku sambil menunjuk ke luar pintu. Hujan masih lagi lebat turun, bagaikan pesta keramaian bersorak kegembiraan meraikan manusia-manusia yang basah kuyup.

Aku beralih ke tepi apabila ada pelanggan yang datang. Aku tersenyum "Selamat Datang!" sapaku ceria. Sapaanku dibalas dengan senyuman. Reza turut tersenyum, tangannya pantas menunjuk ke arah tempat-tempat yang masih kosong. "Silalah masuk." Berlalu saja orang tadi Reza menyuruh aku menyalin pakaian. "Macam kain buruk je diri depan pintu," ngomelnya geram. Aku menjelir lidah tanda protes. "Adik angah jugaaaakkkkk…" bisikku geram sebelum Reza meninggalkanku.

Aku mengatur langkah menuju ke belakang kafe, meninggalkan bekas basah tapak kasutku.

"Ella, nanti mop lantai tau," aku disapa. Aku menoleh memandang wanita yang baru ku sedar berada di belakang kaunter. Ini Kak Intan, kakak iparku. Tak, tak dia isteri Rizal, abangku lagi satu. Kak Intan best!

"Okay!" balasku.

"Tapi pergi salin baju dulu," katanya lagi.

"Yes, ma’am."

"Along mana kak?"

"Ada kat atas, solat agaknya"

"Ohh..okay.." Aku hilang disebalik daun pintu masuk ke belakang kafe. Beberapa pekerja kafe sedang sibuk menyiapkan order. Aku tersenyum ke arah mereka. Ada yang menyapa, bertanya khabar. Ada yang senyum saja.

Elok saja aku melangkah naik anak tangga pertama, Rizal turun menyapaku. "Apa ni basah kuyup?" Aku mendongak memandangnya, tersengih bila dia masih lagi memandang keadaanku. "Kenapa tak call suruh Along ke Angah jemput tadi?" soalnya. Ada nada kerisauan dalam suaranya. Inilah Rizal, abangku yang sulung. Dia memang selalu risaukan keadaanku. Kalau nak dibandingkan dengan Reza, Rizal lebih banyak mengambil berat tentang diriku. Ahha..sayaaanng Along!

"Phone bateri takde. Ala..orang dah nak sampai dah tiba-tiba hujan. Relax la, Long!" aku membalas. Kadang-kadang aku kesian kat Rizal. Dia selalu risaukan aku, aku slamber saja bawa masalah kepada diri sendiri.

Rizal tersenyum saja. "Aa, cepat mandi. Nanti demam, sapa susah?"

"Yaaaa," aku mengangguk faham. Rizal turun meninggalkan aku. Kedengaran dia
menyapa beberapa pekerja di dapur. Aku bergegas naik untuk membersihkan diri.
Ruangan atas kafe sekadar tempat solat dan tempat istirehat untuk pekerja-pekerja di kafe. Tapi lengkap seperti apartment berpenghuni tetap. Ada bilik air, ruang tamu, dapur, dan ada dua bilik di mana satu untuk kegunaan pekerja lelaki dan satu lagi untuk kegunaan pekerja perempuan.

Kafe ni kepunyaan ayah tapi Along yang uruskan. Tea & Crackers adalah kafe yang khas untuk penggemar teh. Tea & Crackers mempunyai produk minuman teh yang pelbagai jenis untuk pelbagai jenis pelanggan. Dari yang suka teh manis, kepada yang suka teh herba. Selain teh, minuman lain ada juga disediakan. Cuma Tea & Crackers lebih kepada penyajian teh. Kenapa teh? 1) Sebab sudah banyak kafe-kafe kopi. 2) Sebab mama suka teh.

Kenapa nama Tea & Crackers? The simple idea of most people minum teh dengan biskut Crackers. Kira Tea & Crackers kafe minum dan kedai bakeri dalam satu la.

Alamak, aku buat promosi pula…

Usai solah Asar, aku bergegas turun ke kafe. Kak Intan masih lagi di belakang kaunter, kali ini sedang melayan pelanggan. Aku melihat lantai yang sudah bersih, hilang bekas basah tapak kaki ku tadi.

"Awak lambat sangat. Along dah suruh orang lain buat," Angah memberitahu. Aku tersengih kemenangan. "Gedik."

"Ala…biarlah," balasku slamber. "Orang lapar la, Ngah. Ambik order!"

"Suka hati. Ada tangan, ada kaki, pergi la buat sendiri!"

"Angah memang!"

Aku meninggalkan Reza. Ahh…Angah orang mintak tolong sikit pun tak bolehhh! aku ngomel dalam hati. Menghala ke kaunter bar, aku mengambil tempat dekat dengan Kak Intan. "Kak….."

"Haha..ya. Awak nak your favourite Chrysanthemum Tea and Blueberry Muffin?" Kak Intan meneka pilihanku. Aku tersenyum, mengiakan tekaannya. "Terima Kasih."

Sementara menunggu aku membelek menu di tangan. Tidak sedar, ada dua orang lelaki yang duduk di stool sebelah ku. Aku hanya menyedari kedatangan mereka apabila salah seorang dari mereka bersuara.

"Kau nak pesan apa?"

"Er…apa best?"

"Hmm…mana menu?"

Agaknya, memandang menu yang berada di tanganku, secara spontan lelaki yang berada dekat denganku terus mencapai. Dan aku, juga spontan, menarik menu sebelum sempat lelaki itu mengambilnya.

Seketika, kami terdiam.

Aku menoleh sedikit. "Er..sorry.." Aku menolak menu kearahnya semula. Dari ekor mataku aku nampak dia mengangguk lalu mencapai menu di atas meja. Kedengaran kawannya di sebelah tertawa kecil. Mukaku bersemu merah. Terasa malu dan bodoh atas kelakuan yang tidak disengajakan.

Kak Intan tiba dengan pesananku. Memandang ada pelanggan baru, dia terus menjalankan tugasnya. Aku diam menjamu selera. Kak Intan hilang semula menghantar pesanan ke dapur. Seketika kemudian, dia muncul lalu duduk semula di depan Cash Register. Perhatiannya tertumpu ke buku kira-kira yang terbuka di hadapannya. Aku terusan diam menjamah muffin kegemaranku.

"Kerja kat sini ke?" aku disapa tiba-tiba. Tersentak juga dibuatnya. Aku menoleh ke arah tuan empunya suara.

"Tak," aku menggeleng. "Well, sort of…" aku menyambung apabila teringat aku sedang mengenakan kemeja-t seragam Tea & Crackers. Lelaki yang duduk di sebelahku mengangguk.

Muka mamat ni familiar, hatiku terdetik, Mana pernah aku jumpa mamat ni?

Reza tiba membawa pesanan dua lelaki di sebelahku. "Here you go…"

"Haha Reza! Thanks," kata lelaki itu ramah.

Eh, dia kenal Angah?

"Malam ni kau datang tak?" soal lelaki yang lagi satu.

Aku perhati Reza mengangguk. "Mesti datang. Dah janji pulak," kata Reza.

"Cantiklah!"

"Eh, sedaplah Chicken Pie ni." lelaki di sebelahku memuji. Aku tersenyum bangga mendengarnya.

"Resepi Kakak Ipar aku," Reza memberitahu sambil menunjuk ke arah Kak Intan. Terdengar perbualan Reza, Kak Intan senyum melambai ke arah mereka. Mereka senyum.

Aku menghirup airku. Leganya rasa, tenangnya fikiran. Chrysanthemum Tea pengubat jiwaku. Aku tidak menghiraukan Reza yang rancak berbual dengan kawan-kawannya disebelahku. Reza pun macam slamber buat-buat tak nampak aku duduk di situ.

Angah memang..desisku geram. Tetapi aku sudah cukup masak dengan perangai Reza.

Selesai makan, Reza masih lagi berborak. Entah apa intipati perbualan mereka, tuhan saja yang tahu. Aku menggangkat pinggan dan cawan untuk di hantar ke belakang.

Sebelum aku turun dari stool, Reza bersuara. "Eh takpelah," dia mencapai pinggan dan cawan dari tanganku. "Angah hantarkan. Awak balik terus. Ayah mintak awak jemput Aina kat rumah kawan dia." katanya lagi.

Baru aku sedar hujan sudah pun reda bila aku menoleh keluar. Memandang semula ke arah Reza aku mengangguk faham. "Okay. Kat rumah Sarah ke?" soalku bermaksudkan tempat Aina berada.

"Ha’ah…"

"La..adik kau ke Reza?" soal B. Okay, at this point aku namakan lelaki di sebelahku A dan lelaki di sebelah A ialah B.

"Oh ha’ah. Ni adik aku. Ella, ni kawan-kawan abang," Reza memperkenalkan. Aku tersenyum saja. Kemudian aku lekas turun menuju ke arah Kak Intan.

"Kak, kali ni Angah belanja," aku memberitahu Kak Intan.

"Ye la awak tu. Kang dia mengamok lagi kalau dia tahu awak asyik potong gaji dia.." balas Kak Intan memaksudkan bayaran kepada makanan dan minuman aku tadi. Kadang-kadang je aku ‘membayar’ menggunakan gaji Reza. Lebih-lebih lagi masa-masa aku geram dan mahu bertindak kejam ke atasnya. Selalunya aku makan free je. 

Aku ketawa, "Biar Angah tu. Eh, orang balik dulu la. Nanti orang jemput Aina."

"Thank Ella. Nanti suruh dia mandi ya, and suruh dia siapkan homework dia dulu before tengok tv," Kak Intan memesan. "Ha, jangan lupa beg awak tu," Kak Intan menunjuk ke arah beg galasku yang terletak di sebelah stool yang aku duduk tadi.

"OH! Nasib baik.."

Aku melangkah ke arah kaunter. Reza sudah tiada melayan kawan-kawannya. A dan B sedang berborak, tidak sedar akan kehadiranku. Aku mencapai beg lalu menyusun langkah menuju pintu utama.

"Eh, adik Reza!" aku disapa. "Nak balik dah?"

"Er, ha’ah?" aku memandang B.

"Oh. Okay, Jumpa lagi!" B melambai mesra. Aku tersenyum membalas lambaiannya. Aku turut senyum ke arah A.

Kemudian cepat-cepat aku melangkah keluar. Terasa pelik dengan kemesraan B.
Tiba-tiba je mamat ni…bisik hatiku.

Melangkah keluar, aku menarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan aku melepaskanya. Aku suka udara selepas hujan. Sangat menyegarkan. Membetulkan duduk beg di bahuku, aku mengatur langkah untuk pulang ke rumah.

Tidak semena-mena wajah A menemani perjalanan pulangku.