Lima; Perasaan
Daniel Craig! *fangirls*
eh, i never had a problem when they were announcing him as the new James Bond. I accepted the change with an open arms. TRUE LA! its always nice to have some changes once in awhile.
Like Aisyah said, Pierce Brosnan is James Bond already but Daniel Craig is the new sexy face, with the slim monkey irristable lips, piercing blue eyes, and tall, slender body, WHO CAN RESIST?
one of the rich people playing poker, Mr. FUKUTU = fuk u tu = f**k you too!
did anyone realise that? and did anyone realise how the opening credits was superbly done? great graphics man! jealous, jealous!! benci, tensi!
oh, i need you (my faithful readers) to alert me when my storyline becomes illogic. I tend to stray away from the original plot. comments/critics are always welcome. Please and thank you!
KANPAIII~ to this new chapter. a follow up chapter is coming in by Friday. thats my promise.
——————————————————————————————
"Ella…"
Aku mendongak seketika dari kertas kerja yang terbentang di atas meja makan. Aku memandang Bill yang ingin mengatakan sesuatu. "Apanya..?" aku bertanya.
"Heee. Aku masih berasa geli hati bila teringatkan cerita kau tentang Budi yang sungguh gentleman," kata Bill berserta tawanya.
Berderau darahku dibuatnya. Tidak semena-mena aku berasa malu apabila adengan tersebut kembali bertandang ke fikiran. Aku memang ada bercerita dengan Bill tentang adengan Budi menarik kerusi untuk aku dan salah faham yang terjadi semasa itu.
"Macam mana kau boleh tak sedar?" soal Bill. "Surely you can realise.."
Aku buat-buat tidak mendengar kata-kata Bill. Malas aku hendak melayan. Lagi aku layan, lagi aku berasa malu kerana asyik teringatkan adengan tersebut. Yalah, manalah aku hendak sedar niat baik Budi ketika itu. Kalau nak diikutkan, ketika itu, fikiranku sibuk memikirkan penampilanku yang kurang sesuai di tempat seperti restoran Rossa, aku dan Budi pergi.
"Hish..sure malu gila…" kata Bill lagi. Aku sedar dia ingin memancing minatku. Kerana itu, aku buat-buat tidak mengerti.
"Alah..bercakap dengan kau macam cakap dengan tunggul!" akhirnya Bill mengalah. Dia mendengus geram lalu bangun menuju ke peti sejuk.
Aku tersenyum kemenangan. "Ambilkan aku air jugaaa~" pintaku riang.
"Alah..macam tak reti ambil sendiri!" balas Bill, masih ada lagi nada geram dalam suaranya.
Aku tersengih, "Ala…kau kan tuan rumah!" kataku. Geli hati aku apabila tidak mendengar jawapan dari Bill, tetapi terdengar omelannya, bersungut seorang diri.
Aku telah berjanji dengan Bill untuk menemaninya apabila dia mengadu tiada siapa di rumahnya kerana abangnya sekeluarga balik ke kampung, melawat keluarga kakak iparnya. Tiba-tiba Bill mengadu kesunyian di malam Jumaat malam Sabtu. Katanya bosan seorang diri memandangkan dia tidak ada apa-apa agenda. Aku seraya menjawab, "Kau tu, Nabila, yang mengada!" tetapi aku berjanji juga untuk tidur semalam dua di rumahnya.
Sekembalinya Bill dengan jus oren untukku, dia duduk lantas mencapai majalah Voluptuous keluaran terbaru.
"Kenapa kau tak mengikut?" soalku. Selalunya setiap kali abangnya sekeluarga pulang ke kampung kakak iparnya, sudah pasti Bill akan turut serta. Tetapi, tidak pula kali ini.
"Entah! Aku terasa rindu kat kau.. Akhirnya dapat juga kita lepak-lepak mamcam ni," kata Bill.
Mata kami bertemu, lama dia merenung aku.
Seketika aku terasa sayu dengan kata-katanya. Aku turut merasa kerinduan yang membuai perasaanku. Seketika kemudian aku mengutum senyum menahan tawa.
"Kau kenapa tiba-tiba beremosi ni?" aku bertanya, terselit perli di hujung kata.
Akhirnya berderai ketawa kami, mengisi ruang makan di rumah Bill, memecah kesunyian malam.
"Kau ni, spoil the mood saja!" seloroh Bill.
Apabila ketawa kami reda, aku mengembalikan perhatian ke atas kerjaku, Bill pula menumpu perhatian kepada Voluptuous di tangannya. Sedang Bill khusyuk meneliti satu artikel, aku terpandangkan artikel tentang Chinta Ben.
"Kenapa Chinta Ben?" soalan itu terpacul dari mulutku.
Bill berhenti membaca lalu memandangku, "La…band baru, tengah nak naik. Masa kita buat survey online, ramai pembaca Voluptuous yang berminat dengan Chinta Ben. Apa lagi? Kita feature la mereka dalam majalah kita," Bill menerang. "Macam tak biasa pula dengan strategi kita."
"Bukan..bukan itu maksud aku. Kenapa mereka namakan band mereka Chinta Ben?" aku menyoal Bill semula dengan membetulkan persepsi soalanku sebentar tadi.
"Hmm…kau tak pernah bertanya pada Budi?" soal Bill.
Aku mengangguk. "Ada aku bertanya, cuma aku terasa mungkin ada makna yang lebih mendalam pada nama itu," aku menyuarakan pendapatku.
"Itu saja yang mereka beritahu aku. Chinta Ben; sebuah band cinta - memperjuangkan kuasa cinta abadi," balas Bill.
"Ya, dan itulah yang kau tuliskan dalam artikel kau tentang mereka. Tapi, kau tak rasa penerangan mereka tu agak cliche bunyinya? Lebih-lebih lagi untuk sebuah band lelaki?" aku mempersoalkannya lagi.
Ketawa. "Kau ni banyak fikirlah. Aku rasa comel saja. Mungkin ianya berkaitan untuk menarik minat pencinta-pencinta abadi?" duga Bill. "Kau tanya aku buat apa Ella? Tanyalah boyfriend kau! Si Budi tu!"
Aku terdiam. Aku menjeling Bill, melarikan anak mataku daripada pandangan Bill yang galak seperti mempersendakan aku.
"Mana ada!" ngomelku. "Aku dengan Budi kawan sahaja!"
Berderai ketawa Bill seperti mengejek. "Konon! Aku tengok bukan main lagi kau orang berdua sejak ‘first date’!"
Aku menggeleng perlahan, sambil melarikan pandanganku dari memandang Bill yang masih lagi ketawa.
Buat sakit hati je! hatiku berkata geram. Baik punya kawan!
Aku ingin kembalikan tumpuanku kepada kerjaku. Kala itu, mataku tertancap kepada gambar Chinta Ben dalam Voluptuous. Secara tidak langsung, pandanganku terfokus ke atas muka Armand.
Mungkin kerana dia berada di tengah-tengah gambar.
Lama mataku memerhati raut wajahnya.
Mungkin terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku, Bill mengikut pandangan mataku. "Kenapa?" tanyanya perlahan.
"Armand.." balasku, memulakan bicara. "Ada kesedihan di wajahnya."
***
Sejak itu, aku asyik teringatkan Armand. Aku turut menyedari akan kesedihan itu di banyak gambar-gambar Armand.
Bukan, dia tidaklah mencebik atau menangis di dalam gambarnya, cuma, setiap kali terpandangkan wajah jejaka itu, hatiku sayu, diriku dipagut pilu.
Aura apa agaknya? hatiku tertanya-tanya sendiri.
Siapa tahu, mungkin memang ada carik-carik luka di sebalik wajah tenang empunya Armand. Mungking juga memang ada memori duka di sebalik pandangan redup milik Armand. Memandangkan memang tiada senyuman di bibir lelaki itu, menambahkan lagi kemungkinan yang nyata.
Ahh..lelaki itu sungguh misteri! desis hatiku.
Aku menepis jauh bayangan Armand dari fikiranku. Aku kembali menumpukan perhatianku apabila aku terpandang kelibat Budi yang melangkah menuju ke arahku dengan pesanan kami. Setiba dia di meja, dia langsung duduk bertentangan denganku.
"Your Chicken McDeluxe. My Big Mac. Your drink, my drink. Fries..Indulge!" katanya sambil membahagikan pesanan kami.
Aku ketawa, "Terima Kasih."
"Ramai betul orang.."
Aku mengangguk setuju. "Eh, takde yang perasankan awak ke?" aku bertanya.
Tersengih, "Ada! Tapi dia tak sure. Dia tegur saya, tanya saya."
"Awak kata apa?"
"Saya beritahu dia, ya. Tapi saya minta dia diam je."
"Takpe ke?"
"Orang tu senyum and kata ya. Betullah kot. Saya tak rasa dia peminat. Cuma dia kenal rupa saya dan inginkan kepastian la kot," duga Budi. Sambil itu, tangannya menyuap burger ke dalam mulut.
"Oh ya! The boys kirim salam. Salam rindu.." Budi menyampaikan setelah makanan di dalam mulut ditelan.
Aku tersenyum, "Ada-ada je mereka tu." Tanganku mencapai kentang goreng lalu ku suap ke mulut.
Melihat aku makan, membuatkan Budi teringatkan sesuatu. "Eh! Saya tak ambilkan sos lagi. Awak nak sos cili kan? Sekejap ya!"
Belum sempat aku membalas, Budi terlebih dahulu bangun. Aku mengekor langkahnya ke arah tempat letaknya sos. Kemudian aku alihkan pandangan ke luar. Kotaraya nampaknya sibuk, tambahan hari minggu ramai pula yang keluar berjalan.
Budi sudah pun memperkenalkan aku kepada ahli Chinta Ben yang lain. Sejak hubungan kami semakin akrab, sudah acap kali aku bertemu dengan mereka. Sedikit sebanyak aku dapat mengenali hati budi mereka. Tetapi, lain pula dengan Armand. Kelakuannya dingin saja terhadap aku. Bertegur sapa tidak pernah, apa lagi bertanya khabar bila sesekali kami bertemu. Dia hanya bercakap denganku bila dia terasa kami perlu berbalas tutur.
Ironi-nya, setiap kali kami bertemu pandang, bertembung mata, jantungku berdegup laju, diriku resah sentiasa, dan panas saja terasa mukaku. Apabila terjadi, lama dia akan menatapku sebelum membuang pandang. Dan setiap kali pandangannya beralih, setiap kali itulah aku merasa luka seperti tangkai jantung diragut, kasar.
"Ella! Ini sosnya."
Haih..apalah agaknya perasaan yang aku rasakan itu?
"Ella?"
***
"Ella nak kemana pagi-pagi ni?" aku disapa Reza kala aku keluar dari bilikku.
"Sapa kata orang nak keluar?" aku membalas.
"Iyalah..cantik semacam je pagi-lagi ni.." kata Reza, menyuarakan pendapatnya.
Tersenyum, "Cantik? Adik angah mestilah cantik!" aku mengusik sambil memancing kemesraan Reza.
Menjeling, "Tsk! Angah kata bajunya yang cantik, bukannya awak!" Reza membalas, mengenakan aku.
Mencebik, "Aloooooooooooong~" aku mengadu kala terpandang Rizal yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Dia tergelak sahaja.
"Gedik!" perli Reza, menyampah.
"Ella ada apa-apa rancangan ke pagi ni?" soal Rizal.
Mengangguk, "Ya! Boleh ya Along, orang keluar sekejap?"
"Haa..betullah Angah teka tadi!" kata Rizal. Aku tersengih saja.
"Dengan siapa?" soal Reza. Pada masa yang sama Rizal bertanya, "Ke mana?"
"Keluar dengan Budi, tengok wayang."
"Budi?" soal Reza.
"Hmm..Budi." Aku mengangguk.
"Ella makin rapat ya dengan Budi.." kata Rizal menyerkap jarang.
Gelak, "Yaa…sangat rapat!"
"Ada apa-apa ke?" soal Rizal. "Dia pakwe Ella ya?" dia menambah sambil mengusik.
Panas mukaku, merah pipiku. "Tak!" aku menggeleng, menidakkan. "Kawan biasa!"
"Iyalah tuu.." Rizal menduga, tersenyum.
"Hati-hati," Reza mencelah.
Aku memandangnya, hairan. Ada riak risau membayangi wajahnya. "Kenapa?" Aku bertanya.
"Hati-hatilah. Jaga diri," jawab Reza. Ada nada nasihat, tetapi keras saja suaranya.
"Itu orang tahulah..ala..lagipun diakan kawan Angah?"
"Memang kawan Angah. Tapi Angah nasihatkan awak je," balas Reza acuh tak acuh.
Ahh, susah betul nak baca lagak Reza! Tak faham aku! detik hatiku.
"Betul kata Angah tu," Rizal mencelah.
"Yalah.." aku patuh.
"Angah risaukan awak tu," Rizal menambah.
Aku tersenyum sambil memandang Reza yang berlagak acuh tidak acuh. Walaupun kadang-kadang lagak Reza sukar dibaca, namun, sesekali apabila dia menyatakan isi hatinya, sudah cukup untuk membuat aku gembira.
"Angah?" aku memanggil lembut.
"Apanya?" balasnya selamba.
"Armand dan Budi satu sekolah menengah atau universiti dengan Angah?"
"Kenapa tanya?"
"Orang rasa macam pernah kenal si Armand tu.." jawabku.
Lama Angah terdiam sebelum menjawab. Seketika aku terperasankan riak terkejut di wajah Reza. Seketika kemudian wajahnya kembali tenang. Aku turut menangkap Reza bertukar pandang dengan Rizal. Sekilas, tetapi cukup lama untuk dua beradik itu berkomunikasi tanpa keluar bicara.
Terdetik hairan di hati, tetapi aku diamkan sahaja.
Tiba-tiba Reza tergelak, memandang aku dia berkata "Awak jumpa dia dalam mimpi kot! Angah baru kenal diorang berdua tu."
Aku turut tergelak.
Haih, buat suspen je Angah ni. Ingatkan serious sangat! detik hatiku.
"Mungkin agaknya," aku membalas.
"Pelanduk dua serupa ke.." celah Rizal.
"Mungkin juga," sahutku.
Tetapi kenapa hatiku berkata sebaliknya?
Perasaan apakah yang membuai tangkai jantungku kini? aku tertanya sendiri.